Hiburan
Selepas Keguguran, Najwa Latif & Suami Ambil Suplemen Atas Nasihat Doktor - “Ketika Itu Saya Tak Sedar Sedang Hamil”
Penyanyi Najwa Latif memaklumkan dia dan suami yang juga penyanyi rap Akwa Arifin kini mengambil suplemen selepas Najwa mengalami keguguran baru-baru ini.
Tak Sedar Hamil
Kongsi Najwa, pada awalnya dia tidak sedar dirinya berbadan dua dan hanya ambil suplemen untuk mengurangkan berat badan saja.
“Tidak (ambil suplemen). Macam Wawa cakap, Wawa sendiri taktahu Wawa pregnant time tu. Saya ambil untuk lose weight adalah. Main angkat besi apa semua. Memang enjoying life gitu. Haha.
“Tapi lepas gugur, doktor ada recommend ambil supplement apa patut untuk Wawa and Akwa.
“So now, kami memang dedua ambil lah sekarang. Ambil apa tu rasanya korang tahu je kot,” tulis Najwa.
Najwa berkata demikian apabila menjawab persoalan peminat menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories.
Terdahulu, Najwa memaklumkan dia keguguran pada kehamilan pertamanya.
Najwa bagaimanapun reda selain bersyukur apabila diberi kesempatan merasai pengalaman hamil biarpun kandungannya baru berusia lima minggu.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
ARTIKEL BERKAITAN: Setelah Sekian Lama Tanpa Sosok Seorang Ayah, Najwa Latif Syukur Dapat Kasih Sayang & Pelukan Dari Bapa Mentua - “Lain Macam Perasaan Dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Kongsi Momen Najwa Latif Di Hospital, Menangis Selepas Alami Keguguran – “Masih Belum Ada Rezeki”
ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif Alami Keguguran, Syukur Diberi Peluang Mengandung 5 Minggu - “Tolong Izinkan Kami Bersedih Dalam Diam”
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Rindu Siap Mahukan Konsert Solo! Najwa Latif Komen - “Belum Rasa Layak, Thank You Bagi Potato Ni Rasa Special Tau"
Must-Watch Video