Laman Utama

Sedang Mengenali Hati Jejaka Berdarah Kacukan Perancis, Maya Karin; “Saya Terbuka Untuk Berkahwin dan..."

Shahrin Zulkifle
18/03/2023
06:00 MYT
Sponsor Banner
Sedang Mengenali Hati Jejaka Berdarah Kacukan Perancis, Maya Karin; “Saya Terbuka Untuk Berkahwin dan..."

Pelakon jelita, Maya Karin mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki berdarah kacukan Perancis sejak tahun lalu.

Bagaimana pun, jelas aktres itu dia masih belum bersedia mengulas lanjut mengenai lelaki yang berusia awal 40-an berkenaan.

“Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikongsikan pun. Saya bertuah dapat sokongan yang begitu kuat dari dia, rakan-rakan, keluarga dan jujurnya saya sedang menikmati kehidupan saya.

“Kita tengoklah sejauh mana hubungan kami, kerana masing-masing pun sibuk dengan kerjaya.

“Tapi sememangnya sekarang saya merasakan sangat terbuka untuk menjalinkan hubungan atau persahabatan yang lebih dari normal,” katanya kepada Gempak.

Maya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi jenama miliknya, By Maya Karin yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pada acara tersebut, lelaki berkenaan dilihat duduk bersebelah dengan Maya atau nama lengkapnya Maya Karin Roelcke, 43.

Ditanya mengenai rancangan untuk ke peringkat yang lebih serius, Maya berkata dia memilih untuk menyerahkan semuanya pada jodoh.

Tambahnya lagi, perkenalan mereka masih lagi di tahap awal dan belum boleh digelar sebagai kekasih.

“Saya hanya berjalan mengikut arus, saya tiada tujuan ke arah lain lagi. Belum lagi boleh digelar sebagai teman istimewa, tapi cukup rapat yang mana dia sanggup datang ke majlis ini

“Tapi semestinya saya terbuka untuk berkahwin lagi dan mencari pasangan hidup, namun saya tidak meletakkan harapan sebab sebelum ini pun saya pernah jatuh cinta selepas saya bercerai, hati berbunga-bunga tapi akhirnya putus. Sakit hati.

“Jadi sekarang ini saya lebih matang dan kalau jadi, jadilah. Saya pun mahu menjaga hati sendiri dan sebab insan yang paling menjaga hati kita adalah diri kita sendiri,” ujarnya lagi.

Untuk info, Maya pernah mendidikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 2008 namun perkahwinan mereka berakhir dua tahun kemudiannya.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar