Hiburan

“Sebagai Seorang Lelaki Sepatutnya...” - Andy Teh Tak Kecil Hati Ditanya Soal Jodoh, Mahu Fokus Jaga Keluarga

Ainun
02/02/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
“Sebagai Seorang Lelaki Sepatutnya...” - Andy Teh Tak Kecil Hati Ditanya Soal Jodoh, Mahu Fokus Jaga Keluarga
Pelakon Andy Teh mendedahkan dia tidak pernah berkecil hati apabila ditanya mengenai jodoh.
Menurut Andy, atau nama sebenarnya Andy Teh Him Kuat, 38, dia menganggap soalan yang diajukan oleh saudara-maranya itu sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap kehidupannya, lebih-lebih lagi kerana dia terlalu fokus pada kerjaya lakonannya.
“Saya tidak ambil hati pun dengan soalan mereka kerana jika kita melihat dari sudut pandangan mereka, mungkin mereka risau tentang keadaan kita.

“Kita sebagai seorang lelaki, sepatutnya berkahwin dan mempunyai keluarga. Mungkin bagi mereka, itu adalah sebab utama mengapa mereka bertanya soalan sebegitu.

“Bagi saya, niat mereka sebenarnya baik dan mereka sangat prihatin terhadap kehidupan kita, cuma saya terlalu fokus membina kerjaya terlebih dahulu. Jadi, dengan hanya bergurau, saya dapat membalas soalan-soalan mereka,” katanya kepada Gempak.

Tertekan tapi tidak menjadi satu masalah besar

Bagaimanapun kata Andy, pada awalnya dia berasa tertekan namun apabila sering ditanya mengenai jodoh, kini dia sudah terbiasa dan lebih bersedia menghadapi soalan sebegitu.
Malah kata Andy, dia sebelum ini sering dibandingkan dengan adik-adiknya yang sudah berkahwin.
Namun, pelakon berbangsa Cina itu tidak pernah berkecil hati dengan perbandingan tersebut dan tidak menganggapnya sebagai satu masalah besar.

BERITA BERKAITAN: Angkat Nilai Perpaduan Malaysia & Semangat Muhibah, Astro Shaw & Etika Raikan Kepelbagaian Budaya Menerusi Kisah Benar ‘Abah Saya, Uncle Mike’

BERITA BERKAITAN: Desas-Desus Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat, Ini Respons Wanna Ali - "Saya Sedang Bahagia, Insya-Allah Kita..."

BERITA BERKAITAN: Kecewa Tak Dapat Watak Utama Antagonis, Andy Teh Tetap Syukur Diberi Peluang Berlakon Filem Hong Kong - “Saya Dapat Tahu Pengarah Tukar…”

BERITA BERKAITAN: Ameera Khan Kongsi Detik Perkenalan Dengan Jefri Nichol, Selalu Minta Ibu Doa Fasal Jodoh - “Doa Ibu Tiada Hijab…”

Bagi Andy, tanggungjawab utama ketika ini adalah menjaga ibu, ayah, dan neneknya. Oleh itu, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarganya dahulu dan hanya akan memikirkan soal jodoh apabila tiba masanya.
“Mula-mula saya memang berasa tertekan, tapi sekarang saya sudah bersedia dengan soalan-soalan seperti itu. Memandangkan saya anak sulung daripada tiga beradik, mereka selalu membandingkan saya dengan adik-adik yang sudah berkahwin.
“Saya rasa saya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga ibu, ayah, dan nenek saya sendiri. Buat masa ini, saya hanya mahu fokus menjaga mereka. Jika jodoh sudah sampai, barulah saya fikirkan semula.

“Saya juga tidak berkecil hati apabila makcik dan pakcik saya membandingkan saya dengan adik-adik saya serta mengatakan rumah keluarga akan lebih meriah jika ada anak-anak kecil. Bagi saya, perkara itu bukan satu masalah besar.

“Dulu mungkin saya akan terasa apabila dibandingkan, tetapi sekarang saya sudah tidak ambil peduli tentang hal itu,” jelasnya.
Sekadar info, Andy Teh akan membintangi filem Abah Saya Uncle Mike, di mana dia memegang watak utama sebagai Uncle Mike.
Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024