Laman Utama

Rupanya Mydin Tak Pilih Bulu, Gajikan 66 Staff OKU… Netizen Tersentuh: “Terbaiklah Mydin!”

Izwan Isa
22/10/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Rupanya Mydin Tak Pilih Bulu, Gajikan 66 Staff OKU… Netizen Tersentuh: “Terbaiklah Mydin!”
Tidak banyak syarikat yang terbuka menerima orang kurang upaya (OKU) sebagai kakitangan. Jika ada pun, mungkin dalam jumlah yang sedikit.
Namun, hal itu tidak berlaku pada pasaraya Mydin. Menerusi satu rajutan ciapan yang diterbitkan oleh Dr Kamarul Ariff Nor Sadan, pempengaruh bidang perubatan itu mendedahkan tentang bagaimana pasaraya Mydin sangat mengalu-alukan pekerja OKU untuk bekerja di syarikat mereka. “Semasa saya bekerja di Jabatan Perubatan Rehabilitasi di hospital dulu, antara perkara unik kami lakukan adalah menulis surat kepada syarikat-syarikat besar untuk pertimbangkan ambil pesakit OKU kami untuk bekerja.
“Antara yang sangat mengalukan pekerja OKU adalah @MydinMalaysia. Ada beberapa pesakit yang saya usulkan bekerja di @MydinMalaysia, antaranya seorang pesakit serebral palsi. Beliau ada masalah pergerakan dan kognitif.
“Buat kerja memang perlahan kerana masalah kawalan motor kasar serta halus, dan tak mampu menerima arahan yang bersiri (sequential). Tapi @MydinMalaysia ambil beliau bekerja dengan gaji yang sama dengan bekerja biasa. Saya sangat hargai,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr Kamarul berkata, warga OKU juga sama seperti individu normal lain yang perlukan pekerjaan bagi meneruskan hidup seperti orang lain.
“OKU perlukan kerja untuk meneruskan hidup. Pekerjaan adalah pendapatan, sebahagian ibadah, dan salah satu terapi. Namun tak semua majikan terima OKU.
“Jadi apabila ada syarikat-syarikat seperti @MydinMalaysia yang sudi menawarkan kerja pada OKU dengan kekurangan upaya yang ketara, saya rasa amat bersyukur. Semoga Mydin kekal maju dan terus berkembang,” tutupnya.
Mydin menerusi akaun Twitter mereka turut mengulang ciap rajutan berkenaan untuk mengesahkan yang syarikat berkenaan memang kerap menggajikan individu OKU untuk bekerja di pasaraya mereka.
“Kalau korang nak tahu, sehingga hari ini Mydin dah ada seramai 66 staff OKU tau!” tulisnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar