Gaya Hidup

Resepi Nasi Beriani Ayam Kurang Kalori

Ahmad Shah
27/07/2016
08:52 MYT
Sponsor Banner
Resepi Nasi Beriani Ayam Kurang Kalori
Selepas lebih dua minggu menyambut Aidilfiri pasti ramai yang sudah mula risau dengan pertambahan berat badan masing-masing, gara-gara gagal mengawal nafsu makan ketika beraya.
Tidak terhenti setakat itu, Aidilfitri selalunya disambut selama satu bulan dan biasanya kita akan memenuhi undangan ke rumah terbuka.
Bagaimanapun pernahkah kita semua terfikir tentang menu sihat untuk dihidangkan kepada para tetamu setiap kali menjelang musim perayaan atau ketika mengadakan rumah terbuka?
Sebenarnya, tidak perlu bimbang kerana PurelyB ada jawapan untuk persoalan tersebut dan pastinya menu yang bakal dikongsi ini selain menyihatkan, ia juga enak untuk dinikmati.
Menu yang ingin dikongsi PurelyB ialah Nasi Beriani Ayam, hidangan paling popular rakyat Malaysia ketika sambutan Aidilfitri mahupun rumah terbuka.
Istimewanya resepi Nasi Beriani Ayam ini dijamin sedap sama seperti rasa beriani biasa tetapi lebih enak walaupun ia disediakan dalam hidangan yang sihat dan kurang kalori. Berikut resepi Nasi Beriani Ayam: Bahan-bahan; · 2 sudu besar minyak zaitun · 400g dada ayam tanpa kulit di potong dalam kepingan bersaiz 4-5cm · 1 cawan bawang besar di cincang · 1 lada jalapeno pepper dibuang biji dan di hiris · 1 sudu kecil halia hidup,dihiris · 1 ½ sudu kecil garam masala · ¾ sudu kecil serbuk jintan putih · ½ sudu kecil garam Himalaya · 2 ulas bawang putih dihiris · 2 cawan tomato di cincang · 1 cawan beras basmati perang yang belum di masak · 1/3 cawan kismis emas · ¼ cawan daun cilantro di hiris · ¼ kacang badam di hiris · 4 bIji limau Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali besar di atas api sederhana panas 2. Masukkan ayam ke dalam kuali dikacau dan dibiarkan selama 3 minit 3. Tambahkan bawang besar dan jalepeno dan di tumis selama 3 minit 4. Masukkan halia, garam masala, kunyit, garam dan bawang putih dan biarkan selama 30 saat 5. Tambahkan tomato, beras, kismis dan air. kemudian biarkan ia sehingga mendidih 6. Tutupkan kuali, kecilkan api dan biarkan selama 15 minit sehinga nasi lembut dan masak 7. Taburkan kacang badam serta daun silantro dan hiding kesemuanya bersama limau
Resepi oleh: ‪#‎PurelyB‬ www.purelyb.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar