Hiburan

Jaa Suzuran Terkejut Abang & Kakak Ipar Terlibat Kes Dadah Di Thailand, Hanya Mampu Sabar - "Siapa Tak Nak Pertahankan Keluarga ..."

Ainun
21/01/2025
01:57 MYT
Sponsor Banner
Jaa Suzuran Terkejut Abang & Kakak Ipar Terlibat Kes Dadah Di Thailand, Hanya Mampu Sabar - "Siapa Tak Nak Pertahankan Keluarga ..."
Pelakon Jaa Suzuran enggan mengulas lanjut mengenai penangkapan abang dan kakak iparnya, yang juga penyanyi lagu popular Bea Soba Bea, Eda Ezrin, bersama empat lagi rakyat Malaysia di sebuah hotel di Sungai Golok, wilayah Narathiwat, selatan Thailand. Mereka didakwa memiliki 6,000 pil methamphetamine atau pil kuda pada 1 November tahun lalu.
Menurut Jaa, atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ahmad, 31, dia mengakui terkejut dengan berita penangkapan tersebut namun tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya.
“Saya sebenarnya agak terkejut sebab tiba-tiba isu ini berlaku.

“Percayalah, kalau ada perkara yang saya boleh cakap, memang saya nak bercerita. Siapa tak nak pertahankan keluarga,” katanya kepada Gempak.

Jaa Suzuran berkata demikian ketika menghadiri Malam Gala Premier *Soloz: Filem Game Of Life* di GSC Starling Mall, pada Isnin.

Semua urusan berjalan dengan lancar

Bagaimanapun, aktor itu hanya mampu mendoakan agar segala urusan berkaitan kes ini dipermudahkan dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya dan keluarga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Apa yang berlaku di tempat kejadian itu saya tidak boleh ulas lanjut sebab saya tidak berada di tempat kejadian.
“Jadi, saya harap semuanya berjalan dengan baik,” jelasnya.
Pada masa sama, Jaa turut menyeru orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi atau andaian tidak berasas mengenai kes tersebut yang sedang berjalan di mahkamah.
“Saya harap kita sentiasa berjaga-jaga sebab kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Saya pun tak layan sangat. Kita tak boleh salahkan orang ramai sebab perkara viral, siapa saja yang tak nak ikut. “Pertahankan saja dan sabar. Nak marah-marah pun tak ada gunanya,” jelasnya.

Terdahulu, pada 14 Januari lalu, penyanyi dikir barat Malaysia, Eda Ezrin, bersama empat lagi rakyat Malaysia didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Pekan Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.

BERITA BERKAITAN: Eda Ezrin Menangis Lihat Anak Hadiri Perbicaraan

BERITA BERKAITAN: Penyanyi Bey Soba Bey, Suami Dan Rakan Tidak Mengaku Miliki Pil Kuda

BERITA BERKAITAN: Penyanyi Thailand, Deqnee Dusongnyo Ganti Eda Ezrin Nyanyi Lagu Bea Soba Bea Raya

BERITA BERKAITAN: "Keluarga Tak Mampu Bayar RM1 Juta" - Penyanyi Dialek Kelantan Terpaksa Tolak Tawaran Peguam Thailand

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba tetapi mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah (memasukkan dadah ke dalam badan) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat, Yuan Khao Kham. Menurut pertuduhan, mereka didakwa memiliki pil yaba di sebuah hotel di bandar Sungai Golok pada jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024