Drama

Penuh Konflik & Main Emosi Penonton, Drama Perempuan Tanpa Dosa Ada Sisi Pengajaran Yang Boleh Diambil

Zulaikha Yusof
12/11/2020
12:30 MYT
Sponsor Banner
Penuh Konflik & Main Emosi Penonton, Drama Perempuan Tanpa Dosa Ada Sisi Pengajaran Yang Boleh Diambil
Drama Perempuan Tanpa Dosa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga trending setiap kali sedang ditayangkan di kaca televisyen.
Setiap episod membawa pengisian yang mendalam dan rata-rata pengikut setia akan bermain dengan emosi sendiri.
Selain daripada kemelut dan konflik yang berlaku, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil serta dijadikan pengajaran.
Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain, Azza Elite dan ramai lagi.
Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.
Bagaimanapun kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.
Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.
BACA: Usu Sakinah Buat Uyaina Arshad Terima Mesej Ancaman - "Ada Nak Santau, Pijak & Cungkil Mata"
BACA: Disebabkan Shot Kamera, Penonton Fikir Uyaina Arshad Tak Pandai Bonceng Basikal
Twitter: @uqamalgallery
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar