Laman Utama

Pemakaian Hijab Dibenarkan Di Sukan Olimpik Paris 2024

Awani
30/09/2023
09:47 MYT
Sponsor Banner
Pemakaian Hijab Dibenarkan Di Sukan Olimpik Paris 2024
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan pemakaian hijab bagi atlet wanita Islam akan dibenarkan di dalam kejohanan Sukan Olimpik Paris tahun depan, walaupun tuan rumah melarang atlet-atletnya berbuat demikian.
Menurut Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, keputusan negaranya mengenakan larangan itu adalah untuk menghormati prinsip sekularisme.
Bagaimanapun, IOC menegaskan peraturan berkenaan tidak akan terpakai kepada negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam Olimpik Paris 2024.
"Bagi Perkampungan Olimpik, peraturan IOC digunakan.
"Tidak ada sekatan dalam mengenakan hijab atau pakaian keagamaan atau budaya lain.
"Apabila ia berkaitan dengan pertandingan, peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa (IF) yang berkaitan akan digunakan.
"Memandangkan peraturan Perancis ini berkaitan dengan ahli pasukan Perancis sahaja, kami berhubung dengan CNOSF (Jawatankuasa Olimpik Perancis) untuk memahami situasi lanjut berkenaan atlet-atlet Perancis,” kata jurucakap IOC.
Keputusan Perancis melarang atlet-atletnya daripada mengenakan hijab telah dikritik oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perancis tegas melindungi sekularisme yang ketat dengan undang-undang yang telah mengetatkan kawalannya ke atas komuniti Muslimnya.
Pada Ogos lalu, kerajaan negara itu mengumumkan larangan pemakaian jubah dalam kalangan pelajar wanita Islam di sekolah-sekolah.
Bahkan, terdapat dalam beberapa kes, puluhan gadis telah dihantar pulang apabila mereka mengenakannya ke sekolah.
Pada tahun 2016, Ibtihaj Muhammad merekodkan sejarah dengan menjadi atlet Amerika Syarikat pertama yang menyertai Sukan Olimpik sambil mengenakan hijab
AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024