Laman Utama

“Pagi Mohon, Petang Selamat Nikah”- Anak Normala Samsudin Sempat Kahwin Sebelum Lockdown

Syafiqah Jalal
01/06/2021
07:12 MYT
Sponsor Banner
“Pagi Mohon, Petang Selamat Nikah”- Anak Normala Samsudin Sempat Kahwin Sebelum Lockdown
Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin bersyukur kerana anak lelakinya, Ashraf Roslan selamat diijabkabulkan sehari sebelum kerajaan mengarahkan seluruh negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan secara ‘total lockdown’.
Majlis pernikahan itu diadakan dalam keadaan yang tergesa kerana kebetulan anaknya dan pasangan Hilyati hadir ke pejabat agama untuk menghantar borong permohonan dan kebetulan diminta mengisi slot pernikahan jam 2 petang pada hari yang sama.
“Sederhana itu adalah sangat berkat dalam segala hal. Alhamdulillah selesai akad nikah @alamace21 @hilyati
“Mama mendoakan yang terbaik buat kalian. Kamu pasangan bertuah kata ustaz jurunikah, kerana hantar borang pagi ini melalui temujanji yang beberapa kali tertunda, tetiba ada kosong slot nikah jam 2 petang.
“Selepas ini tidak ada urusan nikah semasa Lockdown. Tunggu hingga diberitahu bila boleh,” ceritanya.
Normala berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dek kerana majlis yang mengejut, persiapan juga diadakan dengan segera dan sederhana.
Malah, Normala memberitahu mereka hanya memakai baju raya sebagai baju pengantin pada hari itu.
“Bergegaslah balik bersiap, tak sempat semuanya beli on the spot, baju raya jadi baju pengantin.
“Begitulah pengantin di musim pendamik ini, menerima seadanya tentang pasangan masing-masing yang penting redha dengan ketentuan Allah.
“Sebagai emak aku sujud syukur kerana yang wajib sudah didahulukan. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Pada Januari lalu, anak perempuan Normala, Ruhila turut selamat diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana ketika tempoh PKP.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024