gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cakra Khan Suka Borong Mi Segera Perisa Kari Setiap Kali Ke KL, Love Mi Goreng Mamak Juga - “Berkotak-Kotak Bawa Pulang…”
HIBURAN
Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”
HIBURAN
Wajah Semakin Kurus, Enot Buat Ramai Terkejut – “Hampir Tak Cam Lepas Berubah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Dua Pendaki Wanita Maut Terjatuh Gaung

Gempak
Gempak
26/06/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Dua Pendaki Wanita Maut Terjatuh Gaung
Ekspedisi pendakian di sebuah gunung berapi popular berakhir dengan tragedi selepas seorang pelancong warga Brazil maut setelah terjatuh ke dalam gaung pada akhir minggu lalu.
Agensi penyelamat memaklumkan usaha untuk menyelamatkan Juliana Marins, 26, yang dilaporkan hilang di Gunung Rinjani, Pulau Lombok di Indonesia pada Sabtu lalu berdepan kesukaran akibat cuaca buruk dan bentuk muka bumi yang agak mencabar.
Jasadnya yang sudah tidak bernyawa ditemui dengan bantuan dron di lokasi berkenaan.
"Kami mengesahkan kematiannya yang dipercayai tergelincir dari tebing tinggi mengelilingi denai berhampiran kawah Rinjani," menurut Kementerian Luar Brasilia dalam satu kenyataan.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut menzahirkan rasa sedih atas berita duka tersebut.
"Perkhidmatan diplomatik dan konsular kami di Indonesia akan terus memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa pada waktu yang amat sukar ini," ujarnya menerusi catatan di platform X.
Sementara itu, jurucakap agensi penyelamat tempatan, Mohammad Syafii berkata, jasad wanita berkenaan dibawa keluar dari lokasi tersebut pada pagi Rabu.
Menerusi perkongsian terakhir Marin di Instagram, dia dilihat melakukan pengembaraan bajet di sekitar Thailand dan Vietnam sebelum tiba di Indonesia.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi pendaki wanita warga tempatan, Jovita Diva Prabudawardani, 21, juga berdepan tragedi sama setelah terjatuh dari Puncak Natas Angin Gunung Muria, Kabupaten Kudus.
Gadis itu sampai di puncak bersama rakan-rakannya pada Selasa sebelum turun semula dan mangsa dilaporkan tergelincir ke dalam jurang sedalam 50 meter.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita
#Jatuh
#Gaung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement