Advertorial

Nak Bercuti di Australia? Tempah Dengan Sedunia & Dapatkan Pakej Menarik Dengan Tawaran Yang Menakjubkan!

Kamaruddin Razal
04/09/2019
13:11 MYT
Sponsor Banner
Nak Bercuti di Australia? Tempah Dengan Sedunia & Dapatkan Pakej Menarik Dengan Tawaran Yang Menakjubkan!
Australia menjanjikan percutian hebat dan unik dan menjadi destinasi pilihan percutian pasangan dan keluarga. Gabungkan pengalaman ikonik Australia dengan aktiviti unik dan alami percutian yang berbeza… Tibalah masa untuk anda ‘UnDiscover Australia’.
Jika anda menyimpan hasrat untuk ke Australia, jangan lupa untuk melakukan tempahan dengan Sedunia yang menawarkan pakej hebat serta promosi yang gempak!
Dapatkan diskaun 50 peratus untuk pasangan kedua, rasai sendiri pengalaman menjelajah bandar yang disediakan secara percuma bersama potongan RM200 untuk pasangan anda (hanya tertakluk kepada beberapa pakej sahaja).
Makan sepuas hati!
Kredit: Mocean café, Streaky Bay, South Australia
Makanan tempatan Australia dipengaruhi oleh bermacam-macam faktor dan menjadikannya antara yang paling dikagumi.
Perairan Australia adalah salah satu perairan yang paling jernih di dunia – itulah sebabnya hidangan laut Australia memiliki reputasi sangat bagus. Jika anda ingin mencuba hidangan laut terbaik Australia, mulakanlah di Sydney Fish Market. Anda juga boleh ke restoran-restoran di sekitar Sydney, seperti Saint Peter yang telah memenangi beberapa anugerah. Di daerah timur Tasmania yang sangat Indah lawatilah Freycinet Marine Farm dai mana anda boleh merasakan tiram terus dari laut. Dapatkan pengalaman istimewa dengan menikuti tur Seafood Seduction di Tasmania, di mana anda dapat menikmati tiram, abalone dan landak laut yang baru ditangkap menjadi hidangan makanan segar terus dari laut!
Margaret River Gourmet Escape, Western Australia
Australia juga terkenal dengan makanan hasil segarnya terumatanya di kawasan luar bandar. Apabila anda mencari hasil tanaman segar sendiri, anda berpeluang untuk merasakan kehidupan di kawasan desa dan juga bertemu dengan petani-petani yang sudah tinggal lama selama beberapa generasi. Cubalah memetik sendiri epal di Rayner’s Orchard di Yarra Valley, Victoria atau ambil beri segar dari pokok di Hillwood Berry Farm di Launceston di utara Tasmania. Di wilayah Margaret River, Western Australia, menginaplah di Burnside Organic Farm, dikelilingi kebun sayur organik mereka sambil memetik sayuran.
Berseronok bersama hidupan liar
Port Stephens, New South Wales
Hampir semua orang yang mengunjungi Australia ingin melihat dan berinteraksi dengan hidupan liar Australia seperti memberi makanan kepada kanggaru dan memeluk koala. Apa kata anda mencuba sesuatu yang berbeza dan melihat haiwan lain? Siapkan kamera untuk berswafoto dengan ‘quokka’ di Rottnest Island, tidak jauh dari Perth. Tungganglah unta di kawasan bukit pasir di Port Stephens, New South Wales atau berenang bersama anjing laut di Eyre Peninsula, South Australia.
Di antara bulan Mei hingga November, anda dapat melihat ikan paus di berbagai lokasi dengan pemandangan indah, di sepanjang pesisiran pantai timur dan barat Australia. Ikan paus akan berhijrah ke perairan bersuhu panas untuk membiak di pantai timur Australia, dari Queensland ke Victoria. Dari bulan Februari hingga April pula, anda boleh ke Bremer Bay di Western Australia untuk melihat perkumpulan paus orca terbesar di Hemisfera Selatan.
Jervis Bay, New South Wales
Tempahlah pakej percutian Australia dari Sedunia dan nikmati makanan enak dan peluang berinteraksi dengan hidupan liar Australia:
Adelaide & Kangaroo Island (5 Hari 4 Malam)
Seal Bay, Kangaroo Island
Rasai sendiri pengalaman ke Kangaroo Island Wildlife Park yang semestinya menyajikan banyak keunikan. Sepanjang perjalanan, anda dapat menyaksikan kecantikan Fleurieu Peninsula, singgah ke pantai di Seal Bay, Kangroo Island yang merupakan habitat kepada 500 singa laut dan banyak lagi! Selepas itu, anda juga dapat melawat Clifford's Honey Farm, melihat koala di habitat asal mereka, menikmati alam semula jadi yang indah di Flinders Chase National Park dan banyak lagi! Terbang ke bandar Adelaide dan jelajahi kotaraya ini sebelum anda bertolak ke Kangaroo Island.
Iconic Perth (5 Hari 4 Malam)
Quokka, Rottnest Island
Rasakan pengalaman menyaksikan haiwan yang paling gembira di dunia, quokka di Rottnest Island! Menjelajah ke Pinnacles untuk melawat Nambung National Park serta bermain pasir di Sand Dunes, melawat Penguin Island dan menyaksikan sendiri elemen alam semula jadi di Caversham Wildlife Park.
Gold Coast Fun Tour (5 Hari 4 Malam)
Lamington National Park, Queensland
Jelajahi kawasan pergunungan Gold Coast untuk pengalaman yang berbeza. Kalau anda inginkan theme park, jangan risau kerana pakej ini juga menyediakan penginapan selama tiga malam serta tiket masuk untuk ke Dream World, Movie World dan Sky Point Admission!
Sydney Fun Tour (5 Hari 4 Malam)
Blue Mountains, New South Wales
Rasai sendiri pengalaman bercuti di Blue Mountains bersama alam semula jadi dan hidupan liar! Mulakan perjalanan di Sydney dan bergambarlah di Sydney Harbour Bridge yang ikonik. Pakej ini juga menyediakan eksplorasi selama setengah hari di bandar dan jelajahi kawasan bersejarah The Rocks dengan walking tour secara percuma!
Apabila anda menuju ke Blue Mountains, anda juga boleh menjelajahi perkampungan di kaki gunung Leura, menikmati panorama indah Jamison Valley, melawat Scenic World, berhenti di Echo Point untuk menyaksikan sendiri batu Three Sisters yang terkenal, berkawan dengan hidupan liar di Featherdale Wildlife, bergambar dengan koala, kangaru dan wombats dan banyak lagi!
Melbourne Taster (4 Hari 3 Malam)
Phillip Island Nature Park, Victoria
Nikmati pengalaman serba baru di Phillip Island bersama penguin, kangaru dan koala! Anda dapat melawat Warrook Homestead, berada dekat dengan kangaru dan koala, menyaksikan pemandangan indah Western Port dan French Island, melihat sendiri kampung nelayan di San Remo, singgah di Phillip Island Nature Park, menyaksikan penguin dan banyak lagi! Anda juga dapat menikmati penjelajahan di bandar Melbourne secara percuma!
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan diskaun 50 peratus untuk pasangan kedua, rasai sendiri pengalaman menjelajah bandar yang disediakan secara percuma bersama potongan RM200 untuk pasangan anda (hanya tertakluk kepada beberapa pakej sahaja).
Untuk lebih informasi, layari laman web www.seduniamattafair.com atau hubungi 03-2148 4566 sekarang! Anda juga boleh hantar e-mel ke contact@sedunia.com.my untuk lakukan tempahan.
Kredit gambar: Tourism Australia, South Australian Tourism Commission, Tourism and Events Queensland / Jason Charles Hill Photography, Phillip Island Nature Park
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar