Laman Utama

Mizz Nina & Essam Naik Pelamin Di KL, Majlis Sederhana Tetap Meriah!

Syafiqah Jalal
04/09/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Mizz Nina & Essam Naik Pelamin Di KL, Majlis Sederhana Tetap Meriah!
Selepas mengumumkan pernikahannya pada Jun lalu, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina, 43, telah diraikan dalam majlis persandingan bersama pasangannya Essam Muhammad di sebuah acara tertutup di ibu kota Kuala Lumpur, pada Ahad.
Perkara itu dikongsikan di akaun Instagram (IG) seorang jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias ringkas yang menaikkan seri wajah Mizz Nina.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat.
Menerusi video yang dikongsikan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman kelihatan anggun dalam persalinan serba putih hasil rekaan pereka fesyen tempatan Ezzati Amira.
Sekadar info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu mengejutkan pengikut di Instagram dengan mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi rap berasal dari Amerika Syarikat pada 15 Jun lalu.
Terdahulu, pengasas aplikasi Qalby itu pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011 namun berpisah secara baik selepas 11 tahun hidup bersama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar