Berita

Kerajaan Kelantan Hasrat Jadikan Banjir Sebagai Produk Pelancongan

Awani
28/11/2024
14:38 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan Kelantan Hasrat Jadikan Banjir Sebagai Produk Pelancongan
Kerajaan Kelantan berhasrat menjadikan banjir tahunan yang melanda negeri itu ketika musim peralihan monsun timur laut sebagai salah satu produk pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor berkata, usaha itu akan dibuat memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong bila tiba musim tengkujuh.
Walaupun menyedari bahawa banjir mampu menjejaskan banyak pihak, termasuk peniaga, inisiatif ini mungkin dapat membantu peniaga menjana pendapatan ketika banjir melanda.
Selain itu, pengusaha hotel juga boleh menawarkan pakej khas pada waktu tersebut.
“Rugilah orang nak jual pada musim ini tapi nak buat macam mana.

“Maka itu, kita cuba untuk mempromosikan musim tengkujuh sebagai musim untuk menarik pelancong untuk melawat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis libat urus mohtect bersama pemain industri pelamcongan pada Rabu.
Katanya, sebagai tempoh percubaan, pihaknya bercadang untuk memperkenalkan aktiviti luncur ombak di Pantai Kemayang, Kelantan, pada pertengahan bulan Disember ini.
“Tapi kena ada acara. Setelah dirancang, antara aktiviti yang bakal dilakukan adalah luncur ombak pada pertengahan bulan Disember.
“Lagi satu adalah kita akan mempromosikan makanan tradisional musim tengkujuh,” kongsinya.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024