Laman Utama

“Kepada Sahabat Saya Shahrul Shiro Tenang-Tenang Sahaja…Kalau Ada Impian Tersirat, Tak Kan Lari Gunung Dikejar…” – Hans Isaac

Fiza Kamarudin
01/09/2021
11:15 MYT
Sponsor Banner
“Kepada Sahabat Saya Shahrul Shiro Tenang-Tenang Sahaja…Kalau Ada Impian Tersirat, Tak Kan Lari Gunung Dikejar…” – Hans Isaac
Dua hari kebelakangan ini ‘kecoh’ sindir-menyindir di antara pelawak dan Exco Pemuda Umno Bahagian Kluang, Johor, Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro dengan pengarah dan pelakon, Datuk Hans Issac.
Shahrul sebelum ini mendakwa Hans menyindir barisan Kabinet baharu kerajaan menerusi satu hantaran video.
Sehubungan itu Hans menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya tampil menjelaskan perkara sebenar selain menganggap dakwaan Shahrol jauh tersasar daripada niat sebenarnya berkongsi video tersebut.
Dalam pada itu Hans turut berpesan kepada Shahrol supaya tidak sewenang-wenangnya menyerang orang lain tanpa pedoman kerana perkara tersebut boleh diselesaikan dengan perbincangan.
Hans, dalam nada sinis juga meminta Shahrol bertenang dan katanya jika ada impian tersirat, takkan lari gunung dikejar.
“Kepada sahabat saya Sharol Shiro, tenang-tenang saja. Kalau ada impian tersirat, tak kan lari gunung dikejar.
“Dalam norma baru, amalkan duduk berbincang, bukan menyerang tanpa pedoman. Malaysia perlukan pemimpin yang terbuka. Mungkin anda sebahagian darinya.
“Masa akan beritahu,” tulisnya.
Terdahulu, Shahrol dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi IGnya mendakwa video yang dimuat naik oleh Hans dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu sindiran memandangkan ia dikongsikan selepas pengumuman barisan Kabinet yang baharu.
“Barisan yang dipilih diyakini mampu bekerja dgn baik. Jika Hans menjadi pemimpin pun, sudah tentu barisan yang dipilihnya adalah individu yang beliau senang bekerja dan saya yakin salah satunya adalah Afdlin Shauki.
“Lihat sahajalah dalam realiti bagaimana dia banyak bekerjasama untuk menghasilkan karya kerana dia yakin Afdlin dapat melakukan tugas dengan baik.
“Saya respect awak sebagai senior dalam industri seni tapi dalam politik tiada senior atau junior tetapi yang patut ada ialah kualiti pemikiran dan gerak kerja yang ikhlas untuk menjadikan generasi serta negara akan datang lebih baik.
“Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tidak akan koyak kerana kamu sudah berada di dalam dunia politik dan politik bukannya untuk mereka yang berjiwa nipis. Selamat menyambut kemerdekaan ke 64,” tempelaknya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024