Laman Utama

“Jangan Tengok Video Muzik Vida” - Cecah Satu Juta Tontonan, Netizen Risau DSV Masuk Big Stage Tahun Depan

Azwa Rahman
22/03/2022
03:07 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Tengok Video Muzik Vida” - Cecah Satu Juta Tontonan, Netizen Risau DSV Masuk Big Stage Tahun Depan

Selepas muncul dengan dua lagu berentak rancak termasuk satu lagu raya, Datuk Seri Vida sekali lagi menarik perhatian ramai dengan single balada terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.

Menerusi pemerhatian Gempak, video muziknya yang dimuat naik pada hari Isnin lalu di laman YouTube Vida sehingga kini telah mencecah satu juta tontonan dalam masa 24 jam.
Malah di platform TikTok, Vida bersiaran langsung dengan menyanyikan lagu tersebut secara live buat tatapan wargamaya.
@ojaaa.aa DSV LIVE #kuikhlaskan #dsv #masukberanda #fyp ♬ original sound - ojaaa.aa
Bukan itu sahaja, jumlah tontonan video muzik yang menggalakkan itu membuatkan wargamaya berasa risau jika Presiden Netizen itu diundang untuk menyertai program Big Stage bagi musim terbaru tahun depan.
Menurut mereka, jika peserta pertama yang tersingkir, Iqbal Zulkifli yang muncul dengan sebuah single pun boleh dipanggil untuk menyertai Big Stage pada tahun ini, apatah lagi Vida?
Menerusi laman Twitter, ramai yang meluahkan kegusaran mereka dengan nasib rancangan itu selepas ini.
“Aku risau view dia juta-juta kat YouTube... tahun depan layak masuk Big Stage. Jumpa laaaaa dengan Ajai,” tulis seorang wargamaya.
“JANGAN TENGOK MV VIDA. Nanti cukup viewers masuk Big Stage.
“Next year big stage dato vida contestant lah kotttt. Kalau viewers lebih dari target rasanya boleh dah.
“Dato Vida nak join AJL or Big Stage? Tacod,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video muzik tersebut mengumpul sebanyak 44,000 tanda ‘dislikes’.
Sekadar info, program Big Stage memberikan tumpuan kepada bakat-bakat baharu atau lebih mesra gelar Budak Baru Nak Up (BBNU) yang sebelum ini menjadikan platform media sosial atau YouTube sebagai gelanggang mereka mempamerkan bakat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar