Hiburan

“Itu Mummy Fatima, Tak Patut Orang Komen Bukan-Bukan” - Fattah Amin

Umirah Halim
02/02/2025
05:29 MYT
Sponsor Banner
“Itu Mummy Fatima, Tak Patut Orang Komen Bukan-Bukan” - Fattah Amin

Selepas tular sepotong video memaparkan anak perempuan selebriti Fattah-Fazura, Fatima Aisya membuat kenyataan tidak lagi menyayangi bapanya, ramai menyalahkan bekas isterinya.

Jangan sangka buruk

Tampil memberi respons mengenai isu tersebut, Fattah Amin menasihati warganet supaya tidak bersangka buruk dan menjaga pertuturan.

"Jangan terlalu mudah buat andaian bukan-bukan dan sentiasa berfikiran positif.

"Cakaplah yang baik-baik kerana percakapan adalah satu doa dan fikir baik-baik," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis sidang media Rissa Skin X Fattah Amin di Hotel Royale Chulan.

Di samping itu, pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku itu juga percaya bahawa bekas isterinya sudah mendidik anak mereka dengan sehabis baik.

"Itu mummy Fatima, tak sepatutnya orang komen bukan-bukan tetapi saya anggap mereka tidak tahu.

"Faz sebenarnya dah besarkan Fatima dengan cara terbaik.

"Saya sendiri percaya Faz dah menjalankan tanggungjawab sebagai mak Fatima dan saya pun sama," tambahnya lagi.

Sebelum ini, tular di TikTok video memperlihatkan anak perempuan kepada pelakon Nur Fazura iaitu Fatima yang mengatakan dia tidak lagi menyayangi bapanya iaitu aktor Fattah Amin.

Luahan itu dibuat ketika Fazura membuat siaran langsung (live) di TikTok dan rakaman itu dimuat naik semula netizen.

Bagaimanapun Fazura terus memberi teguran dan nasihat kepada Fatima agar tidak berkata sedemikian kepada bapa kandungnya sendiri.

Kemudian, Fattah tampil menyifatkan rajuk Fatima adalah perkara normal bagi seorang kanak-kanak, sekali gus menafikan dakwaan hubungan dengan anaknya bermasalah.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.

BERITA BERKAITAN: Fatima Tetap Manja Bila Berjumpa, Fattah Amin Anggap Luahan ‘Tak Sayang Daddy’ Sebab Merajuk - “Biasa La Budak Umur 4 Tahun, Kita Tak Boleh…”

BERITA BERKIATAN: “I Don’t Want Daddy, I Don’t Love Daddy Anymore” - Netizen Syak Fatima Merajuk Dengan Fattah Amin

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024