Viral
Influencer Malaysia Hilang Di Hutan Bandung Ditemui Lemah, Terbaring
Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu.
BERITA TRENDING: Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Ketika Buat Aktiviti Paranormal
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz.Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Sebelum ini, kehilangan Eyka tular apabila rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, menyedari perkara berkenaan kira-kira jam 2 pagi Isnin lalu ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Memetik laporan media, Ammar Nazhan berkata, lebih dari 20 orang menyertai aktiviti paranormal, tetapi tujuh sahaja masuk ke dalam hutan termasuk Eyka.
“Hanya dia perempuan yang masuk ke dalam hutan, kebetulan waktu itu Eyka sedang datang bulan,” ujarnya lagi.
BERITA TRENDING: Gila! Paranormal Terkenal Kata Suami Isteri Boleh Tukar Pasangan, Asal Suka Sama Suka
BERITA TRENDING: Paranormal Roy Kiyoshi Ramal Diri Sendiri Mati Kena Racun
Menurut khabar terbaharu di TikTok @Arasz, pihaknya selesai berurusan dengan polis dan ketua kampung, manakala Eyka dipercayai dirawat di hospital.Must-Watch Video