Beego Terkejut Isteri Fail Cerai, Dakwa Tak Terima Notis Dari Pihak Guaman Linda Hashim
Pelakon Beego terkejut setelah menerima berita tentang kenyataan isterinya, Linda Hashim sewaktu sesi soal jawab bersama media pada pagi Khamis.
Tak terima notis
Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
“Salam semua, terkejut pagi mendengar kenyataan isteri yang saya dimaklum tentang kes mahkahmah.
“Tidak ada pemberitahuan dan notis dari guaman Nurul. Ada mana-mana peguam boleh mewakili saya. Allahuakbar,” tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, Linda hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya yang juga pelakon, Beego pada jam 9:10 pagi Khamis, hari ini.
Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.