Hiburan

“Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Yang Tahu” - Zaquan Adha Mohon Ruang, Masih Terkejut Kehilangan Anak Bongsu

Asyraf Roslan
12/02/2025
03:12 MYT
Sponsor Banner
“Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Yang Tahu” - Zaquan Adha Mohon Ruang, Masih Terkejut Kehilangan Anak Bongsu
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha hanya mampu memohon doa daripada orang ramai agar dia dan isteri, Ayu Raudhah kuat menempuhi ujian yang telah diberikan kepadanya.

Semoga kuat tempuhi dugaan berat

Kata Zaquan atau nama lengkapnya, Zaquan Adha Abddul Radzak, dia dan keluarga sangat berterima kasih kepada semua pihak yang datang memberi sokongan kepadanya untuk menghadapi saat sukar ini.

“Tiada apa yang saya boleh katakan, cuma saya minta doakan saya dan isteri kuat, kami anak ramai setiap dari mereka ada bahagian masing-masing. Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami.“Terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepada kami daripada dapat berita sehingga ke hari ini. Tiada apa yang saya boleh katakan selain terima kasih.

Zaquan juga akui masih berada dalam keadaan terkejut dengan berita kehilangan anak bongsunya yang berusia enam bulan itu.

Mohon ruang, hal privasi

Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai untuk memberinya serta keluarga ruang untuk bertenang.

“Biarlah benda ini privasi untuk keluarga saya, biar hanya saya, isteri dan anak-anak sahaja tau apa yang jadi. Saya hanya bersyukur mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan saya mungkin tidak akan kongsikan kepada semua.“Kami masih dalam keadaan terkejut kerana baby alam keadaan yang sangat sihat dan baik. Kami memang sangat terkejut jadi kami minta untuk beri ruang kepada kami sekeluarga,” kata Zaquan.

Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan bila melihat anaknya tidak sedarkan diri.
Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah Muhammad Aisy Al Rees Selamat Dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN:Setia Di Sisi Zaquan Adha, Safee Sali Kongsi Perkembangan Semasa - "Keadaan Sayu & Dia Memang Sangat 'Down' ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Zaquan Adha Reda Pemergian Anak Bongsu - “Buat Masa Sekarang Saya Tak Boleh…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hiba, Zaquan Adha Menangis Uruskan Jenazah Anak Bongsu Di Unit Forensik... Keluarga Turut Hadir

ARTIKEL BERKAITAN:"Ayu Panggil Ambulans Sebab Tengok Baby Dah Tak Sedarkan Diri, Meninggal Dunia Ketika Tidur" - Che Ta

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024