Berita

“Kami Hanya Mampu Cakap Dia Akan Ke Syurga” - Zaquan Adha Cuba Tenangkan Anak-Anak, Menangis Tanya Adik Kemana?

Asyraf Roslan
12/02/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Kami Hanya Mampu Cakap Dia Akan Ke Syurga” - Zaquan Adha Cuba Tenangkan Anak-Anak, Menangis Tanya Adik Kemana?
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
Menurut Zaquan, pada awalnya anak-anaknya sukar menerima kehilangan tersebut, namun sebagai ibu bapa, dia dan isterinya, Ayu Raudhah, berusaha menenangkan mereka.
“Mereka terkejut dan menangis, mereka tak dapat terima. Anak saya yang kecil juga tanya nak pergi mana, jadi saya dan isteri hanya mampu cakap dia akan ke syurga,” ujarnya ringkas.
Pada masa sama, Zaquan turut berkongsi dimana dia bawa kesemua anaknya untuk tidur bersama Allahyarham sebelum dibawa ke Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan untuk majlis pengebumian.
“Saya bawa mereka ke sini sebab saya nak mereka lihat sendiri, daripada semalam saya nak mereka sama-sama dengan baby, tidur sama-sama. Alhamdulillah,” Tambahnya.
Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan bila melihat anaknya tidak sedarkan diri.
Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024