Laman Utama

#FOODIESLIFE: Chef Perkenal Diet Baharu; Labah-Labah Goreng Dan Mac & Cheese Cengkerik

Maliah Surip
15/08/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: Chef Perkenal Diet Baharu; Labah-Labah Goreng Dan Mac & Cheese Cengkerik
Seorang chef di New York, Joseph Yoon memperkenalkan menu baharu dalam masakannya yang berasaskan serangga.
Meski memakan serangga bukan perkara baharu yang dilakukan namun Yoon mahu menu ciptaannya dilihat sebagai salah satu gaya hidup dan diet yang baik untuk diamalkan.
Yoon antaranya memperkenalkan Labah-Labah Goreng dan Nasi Goreng Cengkerik atau Mac & Cheese bersama Cengkerik.
“Saya sangat sukakan serangga,” kata Yoon seperti dilaporkan CNN.
Justeru itu dia mahu kecintaan memakan serangga dikongsi dengan masyarakat terutama di Amerika Syarikat.
Pada masa sama Yoon mahu menukar persepsi serangga seperti labah-labah adalah haiwan menakutkan sebaliknya ia sangat lazat, bernutrisi dan sesuai untuk diet seharian.
“Fakta mengenai banyak serangga di dunia boleh dimakan, ada pelbagai rasa, enak dimakan adalah sesuatu yang mengujakan.
“Dan apa yang saya cuba usahakan sekarang adalah menunjukkan kepada orang ramai bahawa ada banyak cara menyediakan dan memasak serangga,” ujarnya lagi.
Yoon juga memberitahu salah satu hidangan yang disukainya adalah memasak cengkerik.
“Sebenarnya tidak sukar untuk mencipta atau membuat masakan baharu.
“Antara yang menjadi kegemaran saya adalah memasak nasi goreng cengkerik atau mac & cheese bersama cengkerik,” kata Yoon.
Untuk rekod terdapat lebih 2,100 jenis serangga yang boleh dimakan di seluruh dunia.
BACA: #TravelMana: Selepas KL, Jom Jalan Jalan Cari Makan Di 5 Restauran Pulau Pinang Pilihan The MICHELIN Guide​
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024