Hiburan
“Doakan Kami” - Sama Cantik Sama Padan, Wanna Ali Umum Sudah Bertunang Dengan Pilihan Hati
Pelakon Wanna Ali mengumumkan dirinya telah bertunang dengan pilihan hatinya pada Ahad.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali, 28, kelihatan anggun mengenakan busana berwarna biru cair yang sedondon dengan tunangnya.
Bagaimanapun, pelakon itu memohon doa daripada orang ramai agar mereka dipermudahkan dan disatukan di jenjang pelamin.
“Alhamdulillah, selangkah lebih dekat. Dua hati, satu janji, seumur hidup bersama. Doakan kami,” tulisnya di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas pertunangan yang berlangsung dan mendoakan mereka kekal bahagia.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Terdahulu, Wanna Ali pernah mendedahkan dirinya bakal bertukar status sebagai isteri dalam waktu terdekat.
Wanna pada ketika itu enggan berkongsi secara terperinci mengenai hari bahagianya termasuk merahsiakan identiti bakal suami.
ARTIKEL BERKAITAN: Desas-Desus Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat, Ini Respons Wanna Ali - "Saya Sedang Bahagia, Insya-Allah Kita..."
Must-Watch Video