Laman Utama

"Dia Tengok Saya Lap Pisang, Dia Dah Jatuh Cinta" - Uniknya Cerita Cinta Cat Farish & Shikin Maembong

Mya Amri
15/07/2023
02:57 MYT
Sponsor Banner
"Dia Tengok Saya Lap Pisang, Dia Dah Jatuh Cinta" - Uniknya Cerita Cinta Cat Farish & Shikin Maembong
Penyanyi dan pelakon, Cat Farish berkongsi momen ketika isterinya, Shikin Maembong mula jatuh hati pada dirinya.
Menurut Cat, perasaan itu timbul sewaktu dia sedang membantu Shikin yang juga merupakan peniaga makanan berasaskan pisang.
“Dia tengok saya lap pisang dia dah jatuh cinta. Dia peniaga, pisang itu pula satu guni, ada wap dan basah.
“Kemudian saya ambil pisang itu dan lap hingga kering. Dia pula seperti terharu dengan tindakan saya. Alhamdulillah sekarang dah kahwin,” ujarnya.
Cat berkongsi kenangan itu selepas ditemui usai majlis akad nikah bersama Shikin yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak pada Khamis.
Menyambung cerita suaminya, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur 'Ashikin Ismail berkata, tindakan Cat amat menyentuh hatinya dan terbukti suaminya itu menghargai kerjaya peniaga.
“Selama ini kita berniaga sorang-sorang, nak orang terima kita seadanya tu susah. Biasanya, kalau berkawan pun, orang tengok berniaga, oh biar dia susah susah seorang saja.
“Tapi dia lain, bila susah, susah bersama. Sebab itu bila tengok dia menghargai pisang yang kalau pekerja saya, dia longgokkan...
“Tapi Cat dia tahu harga nilai nak berniaga itu. Jadi, susah senang bersama-sama," jelasnya.
BACA: Cat Farish & Shikin Maembong Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Cat bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 pada Khamis.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024