Hiburan

Konsert Mini House Party Raikan Kolaborasi XO House, High Cultured! - "Kami Punyai Jalur Misi Yang Sama"

Amri Hassan
21/01/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
Konsert Mini House Party Raikan Kolaborasi XO House, High Cultured! - "Kami Punyai Jalur Misi Yang Sama"
Bersatu dalam semangat kebersamaan walaupun dengan perbezaan arah dan tujuan, dua syarikat terkenal, XO House dan High Cultured menyifatkan tiada apa yang mustahil dalam kolaborasi ditunjangi.
Namun tanpa diduga, dua syarikat berkenaan sebenarnya berjalan seiring dengan visi pemikiran yang sama sekaligus menyatukan elemen fesyen serta muzik.
Sambutan ulang tahun ke-17 High Cultured tahun ini begitu bermakna bagi mereka, Ini kerana, menandakan pencapaian penting jenama streetwear terkemuka Malaysia ini berkolaborasi bersama syarikat muzik XO House melalui konsert mini pada 17 Januari lalu.
Ia bukan sekadar acara pelancaran produk, tetapi juga sebuah pengalaman yang mengukir memori indah, sukar dilupakan, dan penuh makna.
XO House x High Cultured House Party berlangsung dengan penuh tenaga di Bentley Music Auditorium, dihadiri oleh hampir 1,000 penonton dan peminat yang membanjiri malam yang penuh keceriaan dan kegembiraan.
Untuk rekod, setelah penjualan tiket diumumkan, tiket konsert mini berkenaan habis terjual bagaikan pisang goreng panas, hanya dalam tempoh kurang dari seminggu.
Konsert mini ini turut menghasilkan lapan reka bentuk baju eksklusif penuh indah mencerminkan identiti simbolik XO House serta kerjasama yang unik antara dua dunia.
Malah ia turut dipertingkatkan ke tahap yang lebih segar oleh bintang naungan XO House, Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel dan Alya Mardien yang menghidupkan setiap karya eksklusif dan mempamerkan gabungan sempurna ‘streetwear’.
Yang menjadikan ‘House Party’ ini lebih istimewa adalah ia bukan sekadar pelancaran produk, tetapi turut menampilkan persembahan eksklusif daripada artis-artis terlibat yang memukau.
Selain itu, barangan eksklusif diberikan kepada tetamu dan menambah sentuhan istimewa pada malam tersebut. Ia juga merupakan satu sambungan yang kuat antara muzik dan fesyen.
Adib Hamdi selaku Pengasas dan CEO XO House berkata, kerjasama bersama High Cultured ini adalah padanan semula jadi.
“Kami berkongsi visi yang sama untuk menggabungkan seni, inovasi dan budaya serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. ‘House Party’ ini umpama pencapaian yang melakar kejayaan manis buat kami,” kata Adib.
Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Adib, XO House adalah sebuah label rakaman yang menyokong artis muda tempatan dengan menyediakan platform yang hebat dengan persekitaran yang positif untuk kejayaan artis.
XO House juga menawarkan pengurusan bakat, pengeluaran muzik dan video serta perkhidmatan strategi pemasaran.
Dalam perjalanan menempuh cabaran, beberapa kisah kejayaan XO House turut tercipta.
“Iman Troye contohnya pernah dicalonkan untuk Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon dalam Kategori Artis Asia Terbaik mewakili Malaysia untuk tahun 2024.
“Tak lupa 2x Platinum untuk "Langit Yang Sama" nyanyian Dalia Farhana. Baru-baru ini, XO House memperkenalkan artis dengan bakat baru, Zubir Khan yang dikenali dengan lagu hit "Yennode Macha" dan Naim Daniel, Juara AJL yang ke - 34. Selain itu, Alya Mardien, yang baru sahaja menandatangani kontrak dengan XO House, akan dibimbing untuk mengembangkan kerjayanya,” kata Adib.

BERITA TRENDING: Naim Daniel Mengaku Tinggalkan Kekasih, Kini Dalam Fasa 'Healing' - "Ya Betul, Saya Sendiri Ambil Keputusan Untuk Berpisah..."

BERITA TRENDING: Iman Troye Teruja Tercalon Nickelodeon Kids' Choice Awards 2024, Akui Diri 'Magnet' Kanak-Kanak - "Dapat Top 5 Dengan Tiara Andiri, ENHYPEN Pun Dah Happy"

Sementara itu, KC Teo dan Dennis Low selaku pengasas High Cultured berkata, tujuan mereka bekerjasama adalah untuk menyediakan platform bagi kreativiti dan membawa pemikiran positif kepada golongan muda dan penonton yang lebih luas.
“Apabila kami bertemu dengan pengasas XO House, kami sedar bahawa kami mempunyai jalur visi dan cetusan pemikiran yang sama. Justeru, ini yang membawa kepada kerjasama ini.
“Malah kerjasama ini juga membuka jalan yang kukuh untuk sambutan ulang tahun ke-17 kami dengan acara yang kami lakukan dan rancang. Sebagai salah satu jenama streetwear terkemuka di Malaysia, dalam masa 17 tahun, High Cultured telah berkembang dari sebuah permulaan kecil menjadi salah satu jenama streetwear utama di Malaysia.
“Dengan lebih daripada 16 cawangan di seluruh Malaysia Barat, jenama ini telah menjadi nama yang dikenali ramai, terkenal dengan gaya berani dan visi kreatifnya” kata KC dan Dennis.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024