Laman Utama

Demam, Batuk, Selsema- Apa Beza Influenza & Denggi? Ini Tandanya!

Gempak
04/08/2022
23:51 MYT
Sponsor Banner
Demam, Batuk, Selsema- Apa Beza Influenza & Denggi? Ini Tandanya!
Sejak kebelakangan ini kita dapati ramai orang yang demam, sakit tekak, batuk dan juga selesema. Bercakap perihal ini memang kita harus berjaga-jaga kerana mungkin juga ia adalah jangkitan COVID-19.
Namun jika ujian didapati negatif COVID-19, apakah pula jenis demam yang anda hadapi? Sejak akhir-akhir ini kita dapati semakin banyak jangkitan demam influenza yang bukan hanya pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Simptom demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan ini adalah simptom demam biasa. Bagaimanapun jangan mudah berasa aman ya. Mungkin itu juga petanda jangkitan influenza.
Kedua-dua jenis demam biasa dan influenza berlaku disebabkan oleh virus. Ini kerana virus merupakan agen penyebab penyakit tersebut. Tapi apa yang membezakannya ialah virus yang berlainan.
Bagi demam selsema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C. Difahamkan terdapat kira-kira 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.
Manakala influenza atau juga dikenali dengan panggilan flu pula disebabkan oleh virus influenza. Virus ini terdiri daripada jenis A, B, C dan D.
Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil.
Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.
CARA BEZAKAN JENIS DEMAM
Memetik artikel dari laman sesawang HelloDoktor, membezakan kedua-dua jenis demam biasa dan influenza adalah agak mustahil. Melainkan dengan ujian makmal yang khusus.
Akan tetapi secara amnya simptom influenza didapati lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Ia berbeza dengan demam selesema biasa yang agak ringan dan datang secara beransur dan bukan mengejut.
Berikut merupakan beberapa perbezaan yang boleh anda perhatikan:
* Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C * Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu * Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa * Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa * Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu * Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu
Perhatikan tanda amaran yang perlu anda dapatkan rawatan perubatan dengan segera seperti sesak nafas, bibir dan kulit berwarna biru, muncul ruam dan penat hingga tidak mampu bangun.
KEMUNGKINAN DENGGI?
Anda juga tidak boleh ketepikan kemungkinan demam denggi. Simptom seperti demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi.
Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.
Walau apa sekali penyakit yang mengjangkiti anda atau keluarga, teruskan amalkan gaya hidup sihat. Pastikan juga kebersihan diri sentiasa terjaga sama ada di rumah mahu pun di luar.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Sumber: HelloDoktor/MASKULIN
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar