Laman Utama

Berdepan Denda RM100K Atau Penjara 3 Tahun, Ebit Lew Henti Misi Bantuan Di Semporna

Azwa Rahman
02/02/2021
08:24 MYT
Sponsor Banner
Berdepan Denda RM100K Atau Penjara 3 Tahun, Ebit Lew Henti Misi Bantuan Di Semporna
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada penduduk di Semporna kerana tidak dapat lagi meneruskan misi bantuannya di kawasan tersebut.
Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi luahan sedih tersebut untuk tatapan umum.
“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan.
Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun,” ujarnya.
Difahamkan, antara bantuan yang terpaksa ditangguhkan adalah pembinaan sekolah kecil, bantuan ustaz dan ustazah untuk mengajar dan pusat untuk kegunaan masyarakat setempat.
“Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu.
“Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” katanya lagi.
Malah, Ebit turut memberikan ucapan penghargaan dan menyifatkan orang-orang di Sabah seperti keluarganya sendiri kerana kasih sayang yang diterima cukup banyak.
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.
“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” ujarnya lagi.
BACA: Ebit Lew Sebak 157 Orang Ucapkan Syahadah, Satu Kampung Masuk Islam - "Tiada Paksaan, Mereka Semua Rela..."
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berpendapat sebab utama Ebit tidak dibenarkan untuk meneruskan misi bantuan adalah kerana soal keselamatan.
Pada minggu lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali memaklumkan Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 14 Februari depan.
Perintah yang meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZone.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar