Laman Utama

Beralah! Cham, Adeep, Hakim & Fakhiz Takkan Guna Nama V.E - "Kami Tak Mahu Ambil Hak Orang..."

Asyikin Mayudin
09/12/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
Beralah! Cham, Adeep, Hakim & Fakhiz Takkan Guna Nama V.E - "Kami Tak Mahu Ambil Hak Orang..."
Tidak menggunakan nama kumpulan V.E lagi bukan bermaksud Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz akan berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Malah, Cham berkata mereka tidak akan pernah menghentikan perjuangan dan bakal tampil dengan nama kumpulan baharu memandangkan sudah merancang untuk mengeluarkan dua buah single.
“Kami berempat tetap akan berjalan terus ke hadapan, insya-Allah. Dan kami juga ada banyak perancangan bersama, yang pada asalnya memang nak terus dengan nama V.E.
“Tapi kami tak mahu ambil hak orang, jadi biarlah kami mengalah. Kami pun merancang untuk mengadakan showcase, siri jelajah malah single dengan menggunakan nama yang lain.
“Nama kumpulan itu kami akan umumkan kemudian,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai lagu yang bakal dikeluarkan, Hakim memberitahu istimewanya salah satu single mereka nanti akan membabitkan kerjasama dengan rakan-rakan penyanyi R&B.
“Insya-Allah, satu dari dua single yang kami akan keluarkan tahun ini akan membabitkan rakan-rakan dari arena R&B juga. Tujuan kami buat sebegini, adalah memberi inspirasi pada generasi akan datang bahawa kumpulan seperti ini masih relevan.
“Sebab kita tengok sekarang jarang ada kumpulan seperti ini. Jadi sasaran kami berempat selepas ini lebih besar, dan isu kontroversi ini hanyalah sekadar gangguan. Ia tidak akan mematahkan semangat kami,” katanya.
Terdahulu, Adeep, Cham, Hakim dan Fakhiz mengumumkan mereka mengundurkan diri dari kumpulan V.E menerusi sebuah sidang media di di HMO Space di Petaling Jaya.
Ia berikutan anggota V.E iaitu Zaf meminta mereka menggunakan nama kumpulan lain jika mahu aktif dalam industri seni selepas menyertai Gegar Vaganza 9 (GV9).
Zaf memberi alasan Cham, Adeep, Hakim dan Fakriz bukanlah anggota asal kumpulan vokal berharmoni yang ditubuhkan sejak 1997 itu.
Sebaliknya, dakwa Zaf, V.E diasaskannya bersama Shah dan Lah kemudian Cham menyertai VE pada 2000 disusuli Damian Mikhail pada 2003.
BACA : Lepas Geram, Cham Dedah Sikap Sebenar Zaf – “Dia Minta Bayaran…”
BACA: “Zaf Ajak Masuk GV9, Tapi Dia Pula Suruh Kami Tarik Diri Saat Akhir Sebab…” - Cham
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024