Hiburan

Badan Makin Uzur & Tak Larat Berjalan...Apa Nasib Bisnes Daging Dendeng Pak Lan? Ini Luahan Empunya Diri!

Hanafis Haris
21/05/2020
11:52 MYT
Sponsor Banner
Badan Makin Uzur & Tak Larat Berjalan...Apa Nasib Bisnes Daging Dendeng Pak Lan? Ini Luahan Empunya Diri!
Pelakon veteran Roslan Salleh tidak sesekali menganggap Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai dugaan yang menyekat rezeki peniagaan daging dendengnya.
Malah, Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan menyifatkan pandemik COVID-19 ini sebagai satu kesedaran untuk orang ramai mensyukuri nikmat Tuhan.
Menceritakan situasinya ketika ini Pak Lan berkata, dia kini tidak lagi kuat seperti dulu dan segala urusan perniagaan telah diserahkan sepenuhnya kepada anak bongsunya berusia 18 tahun.
"Sejak PKP lalu, saya ada dimasukkan ke hopsital akibat jangkitan paru-paru. Malah saya juga dah tak kuat berjalan, kena berpaut atau guna kerusi roda.
"Jadi sepanjang tempoh itu, anak lelaki saya lah yang jalankan bisnes dendeng tu. Segala order semua dia uruskan, saya pantau je mana yang termampu," katanya.
Tambah Pak Lan, buat masa ini dia hanya memfokuskan pesanan dalam kawasan yang berdekatan saja.
"Ye lah, PKP ke PKPB ni kita tak boleh jauh-jauh sangat. Kalau ada yang nak juga, kami pos je terus.
"Dapatlah teruskan peniagaan dendeng saya ni, tambah-tambah duit makan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Untuk rekod, daging dendeng jualan pelakon itu viral di media sosial sekitar April tahun lalu apabila ramai yang memuji keenakan makanan tersebut.
Produk jualannya juga dibungkus rapi dengan pelekat jenama Daging Dendeng Pak Lan.
BACA: "Sedap Sangat!" - Daging Dendeng Pelakon Veteran Roslan Salleh Tiba-Tiba Viral! BACA: "Saya Mungkin Dah Tak Kuat Tapi Semangat Saya..."- Seminggu Di Hospital, Roslan Salleh Alami Batuk Berdarah &...
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar