Hiburan

Artis Lelaki Berpeluk Sakan Di Kelab Gay

Kamaruddin Razal
13/11/2016
03:15 MYT
Sponsor Banner
Artis Lelaki Berpeluk Sakan Di Kelab Gay
Naik juling mata Miss K baca kiriman Whatsapp daripada seorang teman malam tadi.
Kisahnya begini, malam tadi teman Miss K keluar melepak di tengah bandar Kuala Lumpur, katanya pergi minum di restoran mamak popular berhampiran bangunan tertinggi di dunia! (Ah! Gitu..nak bagi nampak berilmu!)
Tengah seronok melepak, dia ternampak seorang artis lelaki bersama temannya (juga lelaki) menonong masuk ke sebuah kelab di menara berhampiran.
Teman Miss K hanya mampu telan air liur apabila rakan-rakan semejanya beritahu di menara tersebut terdapat sebuah disko yang popular di kalangan LGBT!
Pada mulanya, teman Miss K menidakkan dakwaan kawan-kawannya kerana dia baru bertemu artis lelaki tersebut di Bukit Bintang dalam sebuah majlis.
Tetapi nampaknya Teman Miss K tak salah pandang apabila melihat pakaian yang dipakai artis lelaki tersebut.
Lebih-lebih lagi blazer yang dipakainya memang cukup menyerlah kerana warnanya yang terang, dikombinasikan pula dengan warna rambut artis lelaki itu, memang menonjol! (Serah diri ke you all?)
Agaknya selepas majlis di Bukit Bintang, dia terus ke kelab yang selalu dikunjungi golongan LGBT itu untuk berhibur! Maklumlah, lokasinya pun tidak jauh, masih dalam kawasan segi tiga emas.
Biasalah orang muda (tak lah muda sangat artis lelaki ini) malam minggu, pergi berhibur. Tetapi rasanya sebagai 'public figure' eloklah 'cover line' jika iya pun bernafsu songsang!
Teman Miss K pula memang terkenal dengan sikap menyibuk. Sanggup tinggal teh tarik dan roti canainya dan ikut artis lelaki itu masuk ke dalam kelab!
Seperti yang dijangka, artis lelaki itu leka berpeleseran dan berpeluk sakan dengan seorang lelaki tinggi lampai!
Ya, tak batal air sembahyang lelaki peluk lelaki tapi kalau dah dalam kelab yang sah-sah semua orang tahu tempat LGBT berlonggok, awak pulak berpeluk sakan dengan kaum sejenis sambil berlaga-laga pipi... Apa cerita?
Tak cukup dengan aksi separa berahi, teguk air kencing syaitan pula lagi!
Mujur teman Miss K yang menjalankan penyiasatan di kelab tersebut mengamanahkan supaya foto artis tersebut yang sedang leka diulit jantan sambil teguk air haram itu tidak disiarkan!
Miss K pegang amanah dia, foto tersebut Miss K simpan kemas-kemas supaya tidak terlepas ke tangan orang lain. (Kecuali telefon kena curi...)
Kepada artis lelaki berkenaan, janganlah terlalu berani mendedahkan nafsu songsang awak tu ya, Miss K bimbang memakan diri, bahaya tau zaman viral ni.
Miss K: Khabarnya, anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan dan Allahyarham Rosnah Mohd Noor yang juga sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose bernikah Jumaat lalu. Selamat pengantin baru Syahera Manrose!
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar