,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : "Bilik Saya Bau Hapak & Bersepah" - Gadis Pengotor Ingin Berubah

Kak Gee
31/07/2020
16:11 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, nama sana Nini.
Saya ada masalah. Saya rasa saya pengotor.
Bilik saya berbau hapak dan bersepah. Kadang-kadang, saya ambil masa yang lama nak kemas, macam seminggu baru kemas.
Lepas tu, bila dah kemas, sekejap je jadi bersepah balik.
Saya nak berubah Kak Gee, saya malu dengan diri sendiri.
Tapi macam mana saya nak mulakan perubahan tu?
JAWAPAN:
Salam Nini, Kak Gee harap Nini sihat sejahtera sahaja.
Kak Gee bangga dengan Nini apabila Nini berhasrat nak berubah.
Niat itu sahaja sudah menandakan yang Nini mahu melakukan perubahan positif dalam hidup Nini.
Bagi Kak Gee, Nini harus mulakan dengan diri sendiri dulu.
Cuba check tas tangan Nini. Mulakan dengan mengemas tas tangan Nini terlebih dahulu.
Buang segala sampah sarap, resit dan banyak lagi khazanah turun temurun yang terperangkap dalam tas tangan Nini.
Selepas itu, mungkin Nini boleh merajinkan diri dengan mengemas bilik dengan lebih kerap.
Jika dahulu, Nini katakan Nini mengemasnya seminggu sekali.
Apa kata Nini menjadikan mengemas bilik sebagai amalan harian.
Jadi, Nini harus pastikan sebelum Nini tidur, bilik perlukan dikemaskan.
Insya-Allah, dari amalan harian terbabit, pastinya hidup Nini akan berubah perlahan-lahan ke arah kebaikan.
Bagi Kak Gee, jika kita rajin, mesti masalah yang dihadapi Nini akan senang untuk diatasi.
Kak Gee doakan agar Nini berjaya melakukan perubahan dalam hidup Nini, Insya-Allah.
Itu kisah Nini, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video