,
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

Gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.

BERITA BERKAITAN:Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai

BERITA BERKAITAN:Abang Dee Nasihat Jangan Cepat Menghukum Tindakan 'Buruk' Dunia Artis - "Jaga Kain Dalam Masing-Masing"

BERITA BERKAITAN:Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

Lebih menyentuh hati apabila penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara itu mengimbas semula zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.
"Allah... betul janji Tuhan itu pasti. Semua itu kita akan nampak bila kita semakin tua nanti.
"Macam mana saya tak sedih. Kalau dahulu kerja saya menghiburkan orang, kerja saya juga membantu orang melalui nyanyian-nyanyian saya. Tapi hari ini saya pula dihiburkan oleh mereka," katanya.
Sheqal antara 30 orang artis yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengarah dan penyampai radio yang menerima sumbangan pada majlis itu.
Majlis Sumbangsih PEKEMA Prihatin dianjurkan Yayasan PEKEMA dengan kerjasama KARYAWAN di sebuah hotel di ibu kota.
Sheqal dalam pada itu berkata dia sudah tidak mampu bekerja sejak diserang angin ahmar tahun lalu.
"Saya juga menghidap penyakit buah pinggang, kena angin ahmar empat kali dan sebelum ini, percakapan saya tidak jelas... Sekarang baru boleh bercakap.
"Saya alami semua ini selama lima tahun. Sekarang saja boleh bercakap selepas mendapat rawatan di Muar, Johor. KARYAWAN yang menghantar saya mendapatkan rawatan di sana.
"Dahulu, saya terlantar sahaja, tidak boleh berdiri. Sekarang, Alhamdulillah, semakin baik," tambahnya.
Kongsi Sheqal lagi dia kini aktif menghasilkan karya buku hasil tulisannya berjudul 'Syair Burung Dalam Sangkar'.

"Alhamdulilah saya kini sudah hasilkan tujuh buah buku dan satu telah diterbitkan.

"Dahulu saya ada bisnes. Jadi, tidaklah rasa terbeban. Sekarang, sudah tidak berniaga sejak sakit. Saya menulis untuk terus berkarya. Saya tumpahkan hasil seni dalam bentuk buku dan lukisan.

"Biasanya, saya menulis selepas solat Tahajud dan Dhuha... Inilah cara saya lupakan sakit buat seketika," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan KARYAWAN menyantuni kira-kira 30 artis yang memerlukan.
Antara yang menerima sumbangan adalah Datuk Sarimah Ahmad; Datuk Jefrydin; Datuk Andre Goh; Zaiton Sameon; Shuib Freedom; Mariam Ahmad; Norlia Ghani; Ali XPDC; Isma Alif; Shima; Sazali P Ramlee; Shasha Rohaizad; Nas Ahmad; Alfred Ho; Roy dan Zul Mahat.
Turut dibantu Sathiya; Yus Barat; M Jamil; Sofia Ibrahim; Mak Wan; DR Sam; Mak Jah; Kieran; Ebby Yus; Harun Hashim; Ruslan Salleh; Murali Abdullah dan Zaleha Hamid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

”Ya Allah Waktu Itu Saya…” - Dayang Nurfaizah Gembira Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduanita Negara

gempak
22/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Dayang Nurfaizah melahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara baru-baru ini.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Pernah Terkesan Dengan Komen Negatif Di Sosial Media, Fazura Akui Kini Lebih Kuat - “Alhamdulillah…”

gempak
07/11/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Fazura akui pernah terkesan dengan komen negatif yang diterima di sosial media.
Hiburan

Khairul Aming Dedah Pelbagai Cara Orang Hantar Resume Nak Bekerja - “Letak Bawah Pintu, Dalam Troli...”

gempak
30/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila ramai yang tertarik untuk menjadi staf perniagaannya.
Unitar