,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: ‘Gempak Superstar Of The Week’ Milik Deroyan, Ibu Syamsul Yusof Datang Sokong Puteri Sarah Antara Momen Minggu Pertama

Asyikin Mayudin
22/09/2024
20:55 MYT
Bertemakan ‘Fantasi’, kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric (Floor88), Has Arteh dan Dewa Arteh dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.
Mendapat markah tertinggi sebanyak 64.08 peratus, Deroyan berjaya memikat hati juri dan penonton apabila membawa jalan cerita dan persembahan yang ringkas dan padat.
Untuk MLS4 minggu pertama yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Gahai yang dianggotai Fuad, Usop dan Isyariana mendapat markah terendah sebanyak 42.64 peratus.

Ini antara momen MLS4 minggu pertama;

#1 Kumpulan Bravo mendapat pujian juri dan sorakan penonton dengan menggunakan jalan cerita melibatkan isu rumah pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura.
#2 Selepas Bravo selesai membuat persembahan, pengacara Datuk AC Mizal mendedahkan butang belakang baju Ammar terbuka
#3 Selain kumpulan Bravo, kumpulan Putehh yang dianggotai oleh Ali, Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin turut ‘bermain’ dengan isu semasa iaitu lagu ‘Bukit-Mak’ nyanyian Harith Iskander dan Namaweee yang menjadi topik hangat di media sosial.
#4 Kehadiran ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail hadir memberi sokongan kepada bekas menantunya itu yang turut bertanding bersama kumpulan Gebu
#5 Kumpulan Kilo iaitu Harris Anuar, Tapai dan Tajuddin Bakar nampak ‘struggle’ dan ‘nervous’ di pentas sehingga Harris dilihat lupa dialog dan lirik lagu
#6 Nizam Jentik-Jentik (kumpulan Zuara) seperti ‘salah bual’ bila cakap Cicak Man tak ‘handsome’. Tapi coverline balik, kata Cicak Man masa Saiful Apek je okay.
#7 Ini senarai penuh markah untuk minggu pertama MLS4
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.
Buat julung kalinya, program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri.
Manakala Datuk AC Mizal bakal diperkenalkan sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Zulin Aziz Kembali Ke Pentas Lawak Selepas ‘Termakan’ Pujukan Seorang Artis! - “Ikutkan, Saya Memang Tak Nak Tapi…”

gempak
20/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia pada mulanya tidak mahu menyertai pentas Muzikal Lawak Supertar 4 (MLS4) namun akhirnya berubah fikiran selepas termakan pujukan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Impian Harris Anuar Nak Beraksi Di Pentas Komedi Tercapai, Bersedia Untuk Curahkan Idea - “Saya Rasa Rugi Kalau Kami Buat…”

gempak
19/09/2024
12:55 MYT
Hasrat pempengaruh media sosial, Harris Anuar untuk beraksi di pentas komedi akhirnya tercapai apabila dia bersama rakannya, Tajuddin Bakar dan pelawak senior, Tapai menyertai Muzikal Lawak Superstar 4(MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

gempak
13/09/2024
13:55 MYT
Kembali ke pentas komedi, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 tiada tekanan seperti sebelum ini.