,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Selagi Yang Kami Pentaskan Itu Fakta, Rasanya Tak Ada Masalah” - Bawa Lawak Parodi, Ini Jawapan Padu UBI

Mya Amri
08/09/2022
08:49 MYT
Kumpulan UBI dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie merupakan antara bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS3) yang sering mendapat markah tertinggi.
Antara kunci utama UBI adalah keberkesanan cara penyampaian sketsa, keserasian antara satu sama lain dan juga kandungan yang sentiasa segar.
Sebagai contoh, UBI sering membawa masuk isu-isu viral yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen.
Bagaimanapun kata UBI, setiap isu yang dibawa itu mereka perlu mengkaji dan berhati-hati agar tidak menyinggung mana-mana pihak.
“Saya sebelum masuk Muzikal Lawak Superstar dah biasa buat video-video parodi. Pada pendapat kami selagi apa yang dipersembahkan atas pentas itu adalah fakta, bagi kami itu tiada masalah.
“Cuma watak sahaja yang dibawa. Melainkan kalau kami bawa watak itu tetapi kami mengeji dia secara direct atau benda-benda yang tiada tapi kami ada-adakan, penambahan seperti itu kami tidak akan bawa,” jelas Namie ketika ditemui Gempak
Kenyataan Namie itu juga turut disokong oleh rakan kumpulannya, Fad.
“Kita berfikir juga supaya kita tidak menjatuhkan mana-mana yang tidak sepatutnya. Kami memang suka kepada benda-benda viral dan yang terbaharu.
"Jadi kami cuba berbincang, pilih mana yang betu dan kemudian kita persembahkan,” ujarnya.
BACA: MLS3: Bukan Krik Krik Tapi Tak Punch Line Tak Sampai! Wisel Akur Tersingkir
MLS3 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad ini menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap. MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video