,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Cukup! Benda Sama, Dah Basi!” - Asyik Petik Nama Iqbal & Aliff Syukri, Datuk Awie Beri Teguran

Mya Amri
18/09/2022
09:00 MYT
Juri tetap Muzikal Lawak Superstar (MLS3), Datuk Awie memberi teguran terhadap para bintang yang mengulang kandungan sama setiap minggu.
Hal ini kerana masih ada lagi bintang yang menggunakan isu selebriti media sosial, Iqbal Zulkifli dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri di pentas Separuh Akhir MLS3.
Menurut Awie, isi kandungan sketsa yang sudah dipersembahkan tidak patut lagi diulang pada persembahan seterusnya.
“Cukuplah, saya tak sangka mereka main lagi minggu ini dah basi lah. Benda yang sama, jadi pengulangan.
“Nak harap saya bagi reaksi macam mana? Tak boleh lakukan banyak kali. Rasa-rasanya mereka sudah ketandusan idea.
“Mungkin buat lagi bagus, tak perlu mainkan lagi isu body shaming, keagamaan, mengumpat, mengeji, cukup. Dah cukup!
“Terlepas satu minggu dua minggu cukup, jangan ada lagi pengulangan jika orang lain dah persembahkan, dia jadi macam tumpang, tak best,” katanya ketika ditemui Gempak.
Hos MLS3, Sharnaaz Ahmad juga turut bertanyakan perkara yang sama sewaktu meminta Awie memberikan komen tentang keseluruhan persembahan pada malam tersebut semasa siaran langsung.
“Fasal Iqbal tu boleh ke nak bawa sampai minggu hadapan atau datuk rasa macam tak payah? Saya pun menyampah datuk” kata Sharnaaz.
Pertanyaan Sharnaaz itu dijawab dengan tegas oleh Awie.
“Saya rasa dah cukup dah, jangan isu ini dimainkan lagi, jangan buli juri, isu-isu yang sudah dimainkan sebelum ini jangan ada lagi minggu depan. Kalau ada kami potong markah,” jelasnya.
Minggu kesembilan menyaksikan penyingkiran kumpulan ARTEH.
BACA: MLS3: Jalan Cerita Tak Kuat, Arteh Gagal Mara Ke Final
BACA: MLS3: Hadiah Birthday Namie, UBI Rampas Kembali Takhta Nombor Satu Dengan Markah 77.95%! Ini Recap & Komen Juri Separuh Akhir
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

gempak
22/04/2024
12:55 MYT
Bayar la ikut pengalaman...
Gegar Vaganza All Star

Awie Cabar Nabil Pinjam RM100 Dekat Tok Ram, Netizen Komen - “Amacam Haji, On Tak On?”

gempak
07/10/2023
11:55 MYT
On tak on Nabil? heheh