,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Awak Hebat, Menyanyi Tak Gagap, Suara Bagus” - Datuk Awie Puji Shashic

Mya Amri
25/07/2022
12:30 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Shashic mendapat perhatian juri tetap, Datuk Awie.
Datuk Awie memuji dan mengagumi nyanyian Shashic yang lancar tanpa gagap selain memiliki suara yang sedap.
“Shashic awak hebat, awak menyanyi tak gagap. Awak menyanyi clear, pitching bagus suara bagus. Steady, steady,” katanya sewaktu memberikan komen kepada kumpulan Bahroy.
Dalam pada itu, Awie juga memberikan pandangannya terhadap dua lagi anggota kumpulan Bahroy iaitu Roy Azman dan Nizam Jentik Jentik.
Kata Awie, Roy sudah semakin berani untuk menceburkan diri dalam bidang komedi.
“Maka dengan ini rakyat jelata sudah tahu yang Roy ini gila orangnya. Ini kali kedua Roy dalam Muzikal Lawak, tahniah kerana awak makin lama makin berani,” ujarnya.
Selain itu, Awie juga memuji Nizam yang kelihatan lebih yakin kali ini MLS3 ini dan berharap kumpulan itu dapat memberikan persembahan lebih hebat di minggu kedua.
“Nizam saya dah tengok awak beberapa kali, saya rasa awak lebih yakin kaili ini dan saya minta awak lock awak punya karakter.
Lock betul-betul kasi satu yang best punya, next week kasi lagi best. Insya-Allah awak idea banyak, bagus, saya nampak,” puji Awie.
Untuk info, Bahroy menduduki tangga ke tujuh di minggu pertama MLS3 dengan peratusan markah 30.31%.
BACA: MLS3: Recap Komen Juri & Markah Penuh, Ubi Duduki Tangga Pertama
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi layari https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

gempak
22/04/2024
12:55 MYT
Bayar la ikut pengalaman...
Gegar Vaganza All Star

Awie Cabar Nabil Pinjam RM100 Dekat Tok Ram, Netizen Komen - “Amacam Haji, On Tak On?”

gempak
07/10/2023
11:55 MYT
On tak on Nabil? heheh
Laman Utama

Rancangan Realiti Paling Digeruni, Real Men Malaysia: Wira Merah, Buat Mental Hawa Rizwana & Jasmine Suraya Koyak!

gempak
12/07/2023
13:00 MYT
Bukan senang nak jadi bomba ya.