,
Masked Singer 2

TMSM2: Nakal, Malu-Malu & Perut Buncit Hanya Watak, Hey Mat Penyu Tu Zul Huzaimy Lah!

Mya Amri
04/03/2022
15:02 MYT
Bukan Faizal AF, bukan Amsyar Azman tetapi Zul Huzaimy adalah figura disebalik topeng Mat Penyu!
Minggu ini Mat Penyu menyampaikan lagu Karam nyanyian asal Zabarjad.
Walaupun tersingkir di minggu keenam namun Zul Huzaimy tetap menyatakan rasa gembira kerana diberi peluang untuk memasuki The Masked Singer Malaysia 2.
Terkenal dengan karakter yang nakal, malu-malu dan perut buncit, Zul Huzaimy memaklumkan itu hanyalah watak khas yang direka untuk kostum Mat Penyu.
“Memang saya sengaja buat begitu, nampak ada kelainan sedikit kalau tak saya rasa mesti ada yang boleh kenal itu Zul Huzaimy,” katanya kepada Gempak sambil ketawa.
Minggu ini menyaksikan Rambutan, Burung Hantu dan Seladang berada ditangga teratas manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Bujang Senang, Ratu Semut dan Mat Penyu.
Apa pula keadaannya untuk minggu ketujuh nanti?
Siapa pula yang bakal didedahkan? Sama-sama kita nantikan.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

gempak
25/08/2024
21:55 MYT
Peserta Bulan Asyraff unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Filem

Sut Keluang Man Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkemuka! Baru Keluar Teaser Tapi Dah Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
21/08/2024
02:26 MYT
Filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man menjadi antara karya yang paling dinantikan di negara ini.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

gempak
05/08/2024
05:55 MYT
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.
the-hardest-singing-show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

gempak
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.