,
Laman Utama

“Ambil Towel Untuk Coverkan Dia...”- 13 Jam Terperangkap Dalam Jammed, Fazley Yaakob Dedah Isteri Terpaksa Buang Air Tepi Highway!

Syafiqah Jalal
11/06/2019
10:10 MYT
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia dan keluarganya mengambil masa sehingga 13 jam untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Ahad lalu.
Kesesakan lalu lintas yang luar biasa di musim perayaan itu adalah disebabkan bilangan kenderaan yang padat di atas jalan yang rata-rata mahu pulang dari kampung halaman.
Pun begitu, Fazley melahirkan rasa kesal terhadap fasiliti Rehat dan Rawat (R&R) iaitu Plus Malaysia kerana menutup ke semua tandas dan menyebabkan isterinya , Azrene Ahmad terpaksa membuang air di tepi jalan raya.
“First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain. Kejap-kejap check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma seksanya tahu tak kenapa?
“Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.
“Ya allah, stress sebab R&R yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun! Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun.
“Rupa-rupanya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang. Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu,” tulisnya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video keadaan trafik yang sesak dan tidak bergerak di atas jalan raya.
Namun luahan tersebut mendapat perhatian Plus Malaysia yang turut menjawab menerusi ruangan komennya.
Rata-rata pengikutnya turut berkongsi perkara dan pengalaman yang sama ketika melalui lebuh raya tersebut.

First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain. Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa? Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain. Ya allah, stress sebab R&R yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun! Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun. Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang ? ?? Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu P/s: Ramai pulak tanya, hajat besar ke hajat kecil: hajat kecil je nasib baik. Macam2 betul curiosity masing2, apapun terima kasih ya yang sudi bertanya! ?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.