,
Kilauan Emas

Kilauan Emas 2024: Atie Sedih Tersingkir Sebelum Final - "Enam Lain Lagu Hebat, Tapi Lagu Saya Kurang Bertenaga"

Ainun
27/10/2024
05:55 MYT
Tersingkir di minggu separuh akhir, peserta Kilauan Emas 2024, Atie luah rasa sedih kerana ini merupakan impiannya yang sudah lama dia menyimpan.

Reda dengan keputusan

Atie menerima keputusan yang dibuat kerana dia sedar bahawa ini adalah adat pertandingan dalam sesebuah rancangan, dan dia terpaksa akur.
“Mestilah ada kita ralat dengan perkara sekeliling kerana saya sudah simpan impian ini sudah lama.

“Tapi tak apa, nak buat macam mana kerana ini adalah satu permainan satu program realiti jadi, menang atau kalah memang adat permainan.

“Saya yang sedih sangat ni sebab saya akan pergi meninggalkan kawan-kawan saya je bukanlah saya tersingkir,” katanya.

Pemilihan Lagu

Bagaimanapun, Atie turut menyatakan bahawa persembahannya pada minggu ini tidak mencapai piawaiannya dan mungkin salah satu faktor dirinya tersingkir adalah pemilihan lagu yang mempengaruhi persembahannya.
Namun, dia tetap melaksanakan tugasan itu dan bersyukur atas peluang yang diberikan untuk menyertai pertandingan tersebut.
“Mungkin saya tidak lakukan yang terbaik dan saya rasa pemilihan lagulah. Sebab, malam ni ke enam peserta dapat lagu yang hebat manakala saya pula mendapat lagu yang kurang bertenaga sikit tapi nak buat macam mana kita perlu teruskan juga sebab ini tugasan saya untuk bawa lagu tersebut.
“Jadi, saya teruskan juga. Bagi saya, saya sudah senang sebab saya sudah mempunyai pengalaman dalam menyertai Kilauan Emas. Alhamdulillah, ini adalah rezeki saya. Allah S.W.T yang tentukan rezeki kita,” jelasnya.
Walaupun tersingkir di separuh akhir pentas Kilauan Emas 2024, Atie juga berkata dirinya berpuas hati dengan persembahan pada malam ini dan terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat.

“Saya sudah berpuas hati dengan persembahan saya sebab saya sudah sampai di tahap ini membuatkan saya berpuas hati.

“Kalau saya tersingkir di minggu yang kedua, itu membuatkan saya rasa ralat. Jadi, saya sudah reda dengan keputusan ini dan saya akan sokong peserta-peserta yang lain,” ulasnya.

BERITA TRENDING: Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

BERITA TRENDING: Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu

BERITA TRENDING: "Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

BERITA TRENDING: Kisah Cinta Phoebe & Ejoi Menang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) Di ASA2024

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Malia Baby Syukur Kempen #JomPakaiTudung Terima Sambutan Baik - “Saya Rasa Sedih Bila…”

gempak
09/11/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pempengaruh, Malia Baby tidak mampu menahan sebak apabila kempen ‘Jom Pakai Tudung’ yang dijalankan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengikutnya.
Hiburan

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

gempak
05/11/2024
02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Putehh Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Gebu Pula Gagal Melangkah Ke Separuh Akhir

gempak
03/11/2024
18:55 MYT
Lagi Sekali kumpulan Putehh berjaya mendapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu ketujuh Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Hiburan

Momen Anak Angkat Istimewa Hulur Air Buat Erma Fatima Sentuh Hati Ramai, Umie Aida; "Ada Sesuatu Yang Terbuku Di Hati Citra"

gempak
01/11/2024
15:55 MYT
Pelakon Umie Aida berkongsi video podcast bersama anak saudaranya, Citra, yang merupakan anak kepada kakaknya, Erma Fatima.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama & Eriq Fikri Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir

gempak
01/11/2024
15:14 MYT
The Chosen One 2024 minggu separuh akhir telah menyaksikan empat peserta layak ke minggu akhir.
Unitar