,
Gegar Vaganza 11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

Asyraf Roslan
14/11/2024
03:55 MYT
Vokalis kumpulan Dinamik, Nai akui pernah membuat keputusan untuk tidak kembali lagi ke dunia hiburan selepas pulang ke Sarawak.
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
“Memang mula-mulanya saya balik ke Sarawak untuk memberi fokus kepada keluarga.
“Saya kan mualaf, jadi saya banyak masuk kelas agama dan mengaji sebab itu minda saya tidak terfikir untuk kembali untuk menyanyi,” katanya.
Namun menurut pemilik nama Mohd Nur Zainal Abdullah, hatinya mula terbuka selepas menerima nasihat daripada rakan-rakannya dimana memintanya untuk tidak mensia-siakan bakat yang dia ada.
“Banyak kawan-kawan yang bertanya kenapa saya tak menyanyi lagi, ada sahaja saya menyanyi dengan menerima undangan di Sarawak sahaja.
“Jadi kawan saya menasihatkan saya untuk tidak sia-siakan bakat yang telah diberikan kepada saya, jadi pada saat itu saya buka minda saya balik untuk mempertimbangkan antara dunia dan akhirat,” ujarnya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Sanggup Ambil Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji, Arrora Salwa Ambil Kelas Vokal Untuk Persediaan - “Kalau Dulu Saya Mungkin Kosong Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

Nai bakal berentap bersama 13 peserta lain antaranya Ning Baizura, Faizul Selamat, Yazid Lovehunters, Liza Azizi, dan The Lima bagi merebut gelaran juara.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Unitar