,
Keluang Man

Siapakah Wira Harian Anda? Calonkan Mereka Dan Peluang Menangi RM10,000

Mya Amri
24/09/2024
07:50 MYT
Jika sebelum ini Kopi Wonda dan Astro meraikan Wira Wonda Kita sempena hari Malaysia, kali ini inisiatif itu dilanjutkan lagi demi meraikan wira harian kita.
Inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira harian yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan selain menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan.
Pasti ramai yang mempunyai cerita istimewa tentang wira harian anda yang ingin dikongsikan kepada umum supaya menjadi inspirasi masyarakat.
Definisi seorang Wira Wonda tidak semestinya memerlukan kuasa khas atau superpower.
Sebaliknya mereka ini merupakan orang biasa yang ada dalam kalangan masyarakat kita sendiri.
Sebagai contoh, pertolongan seperti tayar pancit ditepi jalan kemudian seseorang datang membantu menukarkannya, doktor yang ikhlas berkhidmat di medan perang, malah pakcik Mike yang menjaga tiga orang anak yatim yang berlainan bangsa sudah dikira seperti anaknya juga boleh dianggap wira Malaysia.
Amalan kebaikan ini adalah definisi sebenar wira harian sejati yang menjadikan Malaysia kebanggaan kita.

Calonkan wira harian sejati anda

Setelah anda mendengar kisah wira-wira yang dikongsikan, kami ingin menjemput anda untuk mencalonkan wira-wira dalam kehidupan harian yang telah membantu diri anda atau orang lain.
Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai hero yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.
Bermula dari 16 September sehingga 30 September, calonkan WIRA HARIAN ANDA dengan kongsi kisah wira-wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan selayaknya di www.wirawondakita.com atau anda juga boleh memuat naik kisah wira anda di media sosial dengan menggunakan #wirawondakita.

Lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM10,000 dan diraikan dalam program MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).

Mari kongsikan sekarang!
Diinspirasikan oleh Wonda kopi Kluang Baharu, rasai kopi rasa tempatan dengan tongkat ali. Cita rasa kita, Wira kita.
(Tertakluk terma dan syarat)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Keluang Man

Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
05:21 MYT
Tahun ini, bukan sahaja abang Bomba dan JPJ yang menjadi tumpuan netizen namun kehadiran bintang filem Kahar: Kapla High Council dan Keluang Man juga turut menambahkemeriahan buat penonton yang hadir untuk menyaksikan perbarisan itu secara langsung.