,
Hiburan

Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”

Firdaus
24/09/2024
09:55 MYT

Chef selebriti Datuk Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.

Perbandingan Sia-Sia

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menyatakan perbandingan tersebut adalah sia-sia dan tidak sewajarnya dilakukan kerana mereka memiliki latar belakang yang berbeza.

“Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing.

“Apatah lagi untuk menghabiskan semua masa yang positif dan berharga untuk menghasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial.

“Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza?” katanya.
Tambah Chef Wan lagi,dia tidak terkesan andai sumbangannya tidak dihargai oleh orang ramai.
“Selepas 34 tahun kerjaya saya di televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun, tak berkudis badan saya.
“Ingat, kita semua ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.
“Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya. Selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar dan memenatkan.
“Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Dia juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

​BERITA TRENDING: 15,000 Peserta Meriahkan Keretapi Sarong 2024, Tahun Depan Akan Lebih Gah

​BERITA TRENDING: “Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

​BERITA TRENDING: Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

Terdahulu, terdapat segelintir pihak yang membandingkan pencapaian serta ‘skill’ masakan Chef Wan dengan Khairul Aming susulan pempengaruh berkenaan menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Unitar