,
Keluang Man

Calon WONDA Coffee Keluang Man Of The Month: Aliff Ahmad Lantang Bersuara Demi Keadilan!

Firdaus
30/05/2024
16:00 MYT
Aktivis, Aliff Ahmad adalah salah seorang daripada empat calon bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month.

Trivia Aliff Ahmad

Aliff Ahmad pernah disebut-sebut kerana kelantangannya bersuara tentang remaja perempuan sindrom down, Bella yang sebelum ini teruk didera oleh pengasuhnya.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, perjuangan Aliff Ahmad untuk keadilan terhadap Bella akhirnya berjaya apabila si pelaku dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman setimpal atas tindakannya.
Keberanian dan kelantangan Aliff tentang kes tersebut membuatkan ramai yang mengucapkan terima kasih kerana keadilan terhadap Bella berjaya diketengahkan dan menjadi perhatian ramai.

Calon Wonda Coffee Of The Month

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!
Undian telah ditutup pada semalam, ini merupakan kedudukan terkini Wonda Coffee Keluang Man of the Month.
1. Saharuddin Amirullah
2. Lee Weng Foong
3. Aleeya Zailan
4. Aliff Ahmad
Juara Wonda Coffee Keluang Man of the Month akan diumumkan pada 5 Jun 2024.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Keluang Man

Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
05:21 MYT
Tahun ini, bukan sahaja abang Bomba dan JPJ yang menjadi tumpuan netizen namun kehadiran bintang filem Kahar: Kapla High Council dan Keluang Man juga turut menambahkemeriahan buat penonton yang hadir untuk menyaksikan perbarisan itu secara langsung.