Read
Zaman Ibu Kendong Anak dan Nampak ‘Frumpy’ Dah Berlalu!
Teks: Lola
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
HILANG sudah kain batik lepas, berganti leggings liquid metalik. Selamat tinggal bedak sejuk, hello Revlon Two Way Cake Foundation.
Adios Kiko, welcome Burberry Kids!
Nah! Gone are the stigma of our mothers zaman kala dahulu yang kelihatan frumpy kala mengendong anak kecil. Tidak lagi lihat mereka hadir selekeh dan tidak terurus malahan mothers are getting hotter nowadays.
“Lola! Jelly ingat semasa kecil dulu Mother Jelly; Puan Lychee selalu sarungkan kebaya dan big oversize sunnies dan sanggul tinggi, Papa Jelly memang suka tengok isteri dia bergaya, namun lepas adik Jelly yang paling muda; Maggie dilahirkan Puan Lychee sudah tidak menang tangan mahu berdandan cantik lagi, lebih selesa sama jubah dan tudung sahaja.”
“Tapi yang buat Jelly surprise ni, lepas Puan Lychee dah bercucu, dia kembali bersiap tau! Naik sheikh pula setiap kali dapat jemputan ke majlis perkahwinan anak kawan-kawan dia, macam dia yang nak naik bersanding!” Gelak Jelly sambil minum cold pressed juice daripada Impressed.
Sumber foto: Instagram @laraalanaa
Untung juga ibu Lola kerana dia punya anak gadis dia seorang ini, jadi sedari kecil ibu Lola memang jenis gemar bercantik-cantik. Selain daripada siapkan diri dia, Lola juga jadi bahan eksperimennya. Dungaree Osh Kosh B’Gosh dan baju lubang-lubang Kiko antara kegemaran Lola.
Kalau ke pejabat, Ibu Lola suka sarungkan blaus grafik, skirt ketat paras lutut dan kasut tumit tinggi putihnya. Very inspired by Nursheila Amin tau. Amboi! Ibu Lola so fabulous! Ya, Puan Lychee minat benar sama earrings plastic dan hairband inspired by Debbie Harry daripada Kumpulan Blondie.
Sumber foto: Instagram @noradanish
Orang Malaysia Suka Lihat Ikon Ibu Cantik
Nowadays ikon cantik buat si ibu berbeza amat. Lihat sahaja pada penampilan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Nora Danish, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Scha Alyahya dan Fasha Sandha yang enggan mengalah walaupun sudah bergelar ibu dan punya anak yang besar panjang (dan handsome! Hi Che Ta!).
Ya jika kalian bilang mereka adalah artis, jadi kenalah bersiap. No dearie! Lihat sahaja barisan ibu muda cantik dan preppy bersiap hujung minggu ketika shopping groceries di Ben’s Indipendent Grocer, lunch di Ana Patin House mahupun enjoying the Salted Egg Cronut di Dotty’s. Mereka hadir pushing their extravagant trolleys sama sepatu tumit baji Stuart Weitzman, celana senteng Zara dan top daripada Kate Spade, tak lupa cardigan H&M dan sunnies Michael Kors.
Sumber foto: Instagram @fashasandha
Kebanyakan kawan Lola pun ada yang sudah menjadi mother, and I must say they look super cute, tidak kisahlah berhijab atau tidak. Teman Lola, Miss Mariam bilang dia gemar buat OOTD bersama her little girl, Marsia and post it up on her Instagram page. Lebih ramai orang “LIKE” gambar Marsia daripada her own selfies!
Kalau kita hitung sekarang industri melibatkan anak kecil, babies dan even new born makin rancak. Daripada label-label mewah yang mahu cater to that market seperti Dior Kids, Burberry Children dan khabarnya Balmain juga mahu menghasilkan rangkaian busana anak kecil inspired by North West — anak kecil Kim Kardashian dan Kanye West. Malahan mana boleh kita lupa sama the super good looking Romeo Beckham peragakan rangkaian trench cantik untuk Burberry. Fashion kini aiming jauh lebih muda.
Sumber foto: Instagram @rozitachewan1
Zaman Sekarang, Budak Kecil Sudah Cari Duit Sendiri
Lihat sendiri di rantauan kita. Anak-anak kecil selebriti dan yang terkenal di media sosial juga sudah boleh “cari makan” dengan menjadi wajah wakilan atau model. Aaisyah Dhia Rana antaranya yang sudah menjadi household name dan punya simpanan wang sendiri even before dia bijak bercakap pun.
Lola ingat ada membaca dalam surat khabar atau pun dalam majalah yang semua tugasan mahupun job yang Aaisyah dapat, Che Ta dan suami dah simpan siap-siap untuk Aaisyah bila sudah dewasa nanti. Even all her gifts. Untungnya baby Aaisyah.
Sumber foto: Instagram@laraalanaa
Tak lupa the ever active and playful Lara Alana yang terpampang wajahnya untuk kempen iklan Yakult bersama her power couple parents the super beautiful Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Such an amazing family, Lola gemar lihat chemistry mereka.
Arrian anak teruna kacak Tomok juga sering viral di laman Instagram kerana keletah dan slanganya yang cukup comel dan menjadikan orang mudah amat jatuh sayang samanya. Rasa macam mahu gigit saja pipinya uols! Geram amat!
Ada Lola tertonton semua video daripada luar negara fasal rasa berbeza antara ibu-ibu yang mengambil langkah berbeza-beza dalam mendidik anak. Ada yang pro breastfeeding manakala ada pula yang gemarkan beri formula.
Sumber foto: Instagram @tomokofficial
Begitu juga sama working mothers dan ibu yang tinggal di rumah sepenuhnya. Tidak lupa pula stay at home fathers yang menamatkan kerjaya demi anak kecil.
Apa pun perbezaanya, yang bikin Lola tersentuh adalah all the mothers and fathers walaupun punya cara didikan berbeza, masih hanya mahu yang terpaling elok untuk anak mereka.
Thus at the end of the day, kita sendiri yang decide what kind of mothers are we. Tiada buku latihan mahupun panduan yang bisa weols jadikan rujukan, tetapi naluri ibu itu kan kuat? Maka tepuk saja dada uols dan tanya “Pampers or Mummy Poko?” Hahaha. E-mel Lola di lola.intrend@gmail.com dan kongsi cerita mommy dearest!
Love, Hugs and Kiki Lala!
Must-Watch Video