,
Read

Ya, Kita Perlu Berkawan Dengan Semua Orang. Tapi, Kita Berhak Memilih Siapa Yang Benar-Benar Boleh Dijadikan Kawan

Huda Hussain
07/08/2020
03:47 MYT
Kata orang, faktor persekitaran juga penting dalam membentuk karakter kita. Bagaimana kita bertindak, berfikir dan sebagainya juga dipengaruhi oleh elemen misalnya dengan siapa kita berkawan.
Jika kita dikelilingi oleh mereka yang mempunyai aura positif, sentiasa bercakap perkara yang baik secara tidak langsung juga kita terdorong untuk melakukan perkara yang baik.
Tetapi sudah menjadi resam dunia dan lumrah penciptaan manusia. Ada pelbagai karakter, warna dan sifat yang ada pada diri seseorang. Dan daripada pelbagai karakter inilah kita boleh menganalisa, mengenal pasti dan mempelajari untuk mengenali siapa yang boleh dijadikan kawan dan siapa yang perlu dijauhi.
Perkongsian rakan facebook penulis, Nuraini Ibrahim yang berpengalaman dalam bidang Montessori berkongsi muat naiknya mengenai manusia toksik.
Dalam dunia ini ada orang yang tabieenya nasty, suka bercakap membanggakan diri, dan memperlekehkan orang lain. Ini kategori orang yang toxic.
Maknanya dalam dunia ini ada ramai manusia yang berperangai toxic dan bercakap besar. Cara paling baik adalah ‘total avoidance’. Kita ada pilihan untuk pilih siapa yang kita nak berdamping atau siapa yang kita nak avoid.
Jadi elakkan confrontation kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. Semua akan mempengaruhi hidup, kejayaan dan kesihatan.
Semak ciri-ciri dan karakteristik manusia toksik seperti di dalam rajah ini.
Apakah kita tergolong dalam jenis atau sifat manusia yang suka mengawal (The Controller), mementingkan diri sendiri (The Narcissist), mudah mengecam dan membuli orang lain (The Energy Vampire), suka membesarkan sesuatu perkara (The Drama Magnet), suka menyalahkan orang lain (The Green Eyed) atau suka memanipulasi kebaikan yang dilakukan orang lain (The Compulsive Liar)
Orang yang suka bangga diri beraksi tanpa logik. Memberi kata dua pada orang toxic dan bercakap besar ini adalah membazir tenaga dan masa kerana mereka akan terus menerus berdrama.
'' Indahkan hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah "
Adakalanya terfikir, bagaimana agaknya jika anak anak yang bersekolah berhadapan dengan kawan sebegini. Walhal kawan-kawan juga memainkan peranan dalam membentuk kehidupan seharian mereka di sekolah.
Apapun semoga mereka dihindari dengan gejala atau sifat yang tidak baik. Mungkin ibu bapa boleh cuba pendekatan bertanya sendiri kepada anak-anak dengan siapa mereka berkawan di sekolah, adakah mereka pernah dibuli, diejek rakan dan sebagainya. Hal ini penting bagi mengelakkan sesuatu perkara yang lebih buruk daripada berlaku.
Kerana hakikatnya hidup dalam bermasyarakat kita perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan fiil manusia. Ada yang mudah ditegur, ada yang mudah melenting dan ada yang bersikap tidak mengendahkan apa yang berlaku.
Justeru, untuk membentuk sifat dan keperibadian yang baik, selain daripada asuhan dirumah; persekitaran dengan siapa kita berkawan juga penting untuk dikenalpasti.
Adakah kita mahu berkawan dengan mereka yang sering berfikiran negatif, mencemuh dan mengecam sana sini atau lebih baik buat hal sendiri? Tanyalah pada hati dan fikiran sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar