,
gaya hidup

'WhatsApp Group' Keluarga Mentua – Berpadalah... Kita Tetap Orang LUAR Walau Ada DALAM 'Group' Itu.

Huda Hussain
20/04/2021
08:30 MYT
Teruja, mungkin itu satu perkataan atau perasaan yang tepat menggambarkan betapa anda mahu diraikan dalam keluarga mentua. Terutamanya mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Pastilah keinginan untuk mengenali dan mengeratkan silaturahim sesama ipar duai bagaikan membuak. Baik secara bertentang mata atau ketika berhubung di aplikasi sosial popular, WhatsApp.Mesti teruja nak tahu kakak ipar ini macam mana caranya, abang ipar ini boleh terima jokes atau sekadar menyapa dua tiga patah kata, adik ipar boleh ‘click’ atau tak biras ini jenis yang macam mana dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
Malah jika dilihat trend sekarang, selepas selesai majlis resepsi atau mungkin lebih awal lagi anda akan dialu-alukan dalam WhatsApp group keluarga baru. Mungkin juga ada yang tidak, terpulang kepada keterbukaan keluarga mentua masing-masing.
Jadi apa yang perlu dilakukan kalau hari ini anda diundang masuk dalam group tersebut?
  1. Pandang Kiri Kanan, Atas Bawah, Depan Belakang
Pertamanya pastikan anda menilai dulu cara dan bagaimana pembawaan diri masing-masing dalam group. Ada segelintir daripada kita, apabila bersua muka serasa berat mulut untuk mengeluarkan kata-kata. Tapi bila di WhatsApp, bukan main aktif lagaknya. Dialah yang awal respon, tanya itu dan ini. Tidak kurang juga ada yang biasa-biasa sahaja di WhatsApp tetapi bila berjumpa, dialah tukang karut memeriahkan suasana.
Kredit Foto: Google
Dan memandangkan kita bergelar menantu, tidak kiralah lelaki atau perempuan pasti kebanyakannya selesa untuk memerhati dan membaca rentak yang menjadi bualan dalam group tersebut. Maklumlah, ahli baru kan? Jadi, pilihan paling selamat adalah menjadi silent reader (blue tick) dan respon hanya bila perlu atau ada yang tag nama anda.
  1. Jangan Lebih Sudu Dari Kuah
Ya, tahu diri tu excited ada keluarga baru, ramai ipar duai nak suai kenal. Tapi awas! Jangan over, terlajak peramah atau terlebih aktif dalam group famili baru tu. Percayalah, akan ada dalam kalangan ipar duai yang kurang senang dan tidak bersifat terbuka dengan sikap dan cara kita. Sebab apa? Penerimaan setiap insan yang berada dalam group berbeza-beza. Kerana didalamnya ada emak dan ayah mertua, kakak pasangan, abang, adik, biras dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
Potensi atau kecenderungan untuk mereka mungkin bercakap-cakap di belakang kita tetap ada. Sebab apa? Kerana kita ahli baru atau lebih tepat lagi orang luar kerana status menantu itu. Tidak mustahil jika mereka tidak boleh menerima kita seadanya, akan tertubuhlah WhatsApp group tanpa kita. Haa, seram tak? Bukan tidak bersangka baik atau istilah popularnya husnudzon. Tetapi telah sekian banyak pertikaman lidah berlaku akibat isu ini. Sudahnya left group dan sendiri yang tanggung malu.
  1. 'Play Safe' Memang Selamat
Kalau anda teringin untuk duduk ditempat yang selesa dan lebih lama jangka hayatnya dalam rumahtangga, tidak mahu pening kepala, maka pastikan anda play safe saja dalam group tu. Biasa-biasa sahaja, tak perlu bersusah payah tunjukkan effort ekstravaganza. Relaks okey, chill. Kalau group keluarga sendiri, barulah kita riuh rendah, gegak gempita sebabnya keluarga kita sudah masak dengan perangai kita.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

gempak
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Hiburan

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

gempak
28/08/2024
01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.