,
Highlights

Wanita Usia 30 an Paling STRUGGLE – Masa Untuk Stabilkan Kerjaya, Ekonomi, Keluarga. Kalau Tak Kuat...

Afiza Kamarulzaman
02/03/2020
15:25 MYT
Sebenarnya, tidak kira pada usia berapa atau fasa kehidupan yang mana kita akan diuji. Namun, lazimnya kehidupan ini ada puncak masa paling kritikal dan kembali pula titik keseimbangan. Maka, melalui pengalaman kebanyakan wanita zaman ini, pada fasa usia 30 ke 38 tahun adalah waktu paling ‘kencang’ untuk seseorang wanita meniti hari-hari ini. Sama ada menerusi aspek kerjaya, ekonomi, keluarga, perhubungan dan masa depan.
Rata-rata wanita akan berkahwin pada awal usia 30 an. Seterusnya memiliki anak pada pertengah 30 an. Dan, pada hujung umur 30 an sudah selesa mengatur kehidupan yang lebih stabil dan sistematik. Kenapa kita kata ia agak struggle? Kerana ketika inilah, selain wanita sibuk membina keluarga dengan berkahwin dan melahirkan anak, pada masa ini jugalah kerjaya sedang berkembang baik, ekonomi menuntut banyak komitmen membayar hutang dan membeli aset. Maka, ia saling berlawanan.
Kredit Foto: Google
Tuntutan Keluarga
Ya, ketika inilah kebanyakan wanita mula menempuh alam rumah tangga. Ia bukan sesuatu yang mudah, tidak kira bagi seorang wanita bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa. Ada pula, sebaik berkahwin, terus dianugerahkan anak, selang setahun bertambah satu. Bagi ibu-ibu muda yang tidak bersedia, pasti berasakan ia satu bebanan. Apatah lagi jika suami juga sibuk dengan kerjayanya dan kurang dapat membantu kerja di rumah.
Tidak hairanlah kebanyakan wanita mengalami depresi apabila tidak mampu mengawal tekanan menguruskan hal rumah tangga. Inilah yang kebanyakan seorang wanita hadapi dan terpaksa mendepaninya walau makan hati. Tempoh 24 jam dirasakan tidak mencukupi untuk melangsaikan semua urusan. Anak-anak yang sudah memasuki alam persekolahan juga menuntut komitmen yang lain apabila ibu-ibu tepaksa pula fokus pada perkembangan pembelajaran anak-anak.
Komitmen Kerjaya
Tidak ketinggalan, wanita pada fasa ini juga sedang memburu cita-cita dan bekerja kerasa mencapai impian. Bayangkan dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, wanita usia ini tidak boleh culas dalam melaksanakan tugasan di pejabat. Ada yang dinaikkan pangkat, maka terpaksa memikul tugasan berganda dan menguruskan orang bawahan pula. Ada pula yang berada bawah pantauan di mana prestasi menurun. Jika tersilap sedikit pasti menjejaskan rekod kerja.
Kata orang ketika inilah, ‘sedang enak’ memburu kejayaan, tenaga sedang menjulang dan minda sedang bergeliga. Rugi jika tidak digunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan prestasi cemerlang kepada majikan. Masa ini jugalah gaji dan bonus menjadi buruan untuk diberi makan keluarga dan merealisasikan apa sahaja keinginan.
Kredit Foto: Google
Desakan Ekonomi
Kestabilan ekonomi sangat penting untuk memastikan persediaan hari tuamu lebih terjamin. Segala-galanya perlukan wang dan jika tidak diatur dan dirancang dan dirancang dari sekarang, bila lagi? Ibu ayah juga harus diberi dan ditanggung. Belum dikira percaturan hutang-piutang, bil-bil dan segala jenis cukai juga kehendak nafsu yang tidak pernah habis. Ada yang wanita yang lebih gigih, tidak hanya mengharapkan gaji bulanan, sebaliknya turut menjalankan perniagaan sampingan.
Selain wang untuk perbelanjaan, wang simpanan dan perlaburan juga menjadi semakin agresif pada kala ini. Masa dirasakan semakin suntuk. Harus dikejar sebaik mungkin. Jika tidak, diri akan terciicir dan rugilah terpaksa ditanggung.
Ujian Perhubungan
Dalam kesibukan itu dan ini, mengejar sana dan sini, ada kala kita tercuai seketika. Kita terleka untuk memperlahankan sedikit rentak dan pecutan roda kehidupan sehingga terabai hubungan dengan orang di sekeliling. Pada usia beginilah, jiwa mula sensitif, mudah terasa sehingga membawa perbahalan dan jauh hati. Ada wanita pada usia begini berdepan masalah dengan pasangan. Tidak hairanlah banyak penceraian berlaku pada usia wanita lewat 30 an.
Tidak hanya masalah dengan pasangan, ada juga wanita yang berdepan masalah dengan adik-beradik, jiran-jiran dan kawan-kawan. Ujian manusia mula menerjah untuk melihat sejauh mana kekuatan kita untuk menanganinya sebaik mungkin.
Bertabahlah, Kayuh Hati-Hati
Hanya itu yang mampu penulis coretkan. Tiada siapa dapat membantu kita melainkan kekuatan diri kita sendiri. Dalam kesibukan ‘menggempur’ kubu kehidupan, jangan leka dan hanyut dibuat hal duniawi semata-mata. Ingatlah kehidupan ini bukan tentang diri kita sendiri. Pertama sekali, ambil berat perihal kesihatan diri. Andainya, kamu terlantar sakit tiada apa yang dapat kamu lakukan lagi, termasuk menjaga yang tersayang.
Kedua, persiapkan masa depan dengan persediaan yang baik. Tidak guna bekerja keras hari ini tetapi tiada jaminan pada masa hadapan. Pastikan ada simpanan dan pelaburan yang boleh kamu sandarkan kelak.
Ketiga, kuatkan iman dengan tawakal kepada Tuhan yang satu. Dalan setiap ujian yang datang, Tuhan janjikan ganjaran yang setimpal. Mohon diberikan hati yang kuat dan tabah agar kamu dapat melalui hari-hari depan dengan tenang dan tidak terlalu mendesak. Ingat, kehidupan ini semakin dikejar semakin jauh ia lari. Sabar dan relaks.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Hiburan

Penyanyi Wanita Popular Tipu Duit RM5 Juta, Beri Rakan Berlian Palsu

gempak
16/11/2024
14:55 MYT
Penyanyi Reza Artamevia  berdepan masalah apabila dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana didakwa menipu, menggelapkan duit dengan anggaran kerugian sekitar RM5 jut
Unitar