,
gaya hidup

Terkesan Dengan Pandemik Covid-19, Nurflix Giat Perkasa Rangkaian Media Islamik Antarabangsa.

Huda Hussain
13/07/2021
10:28 MYT
Platform penstriman video dengan kandungan Islamik, Nurflix giat memperkasa empayar mereka agar tidak terhenti akibat pandemik Covid-19 sejak inisiatifnya dilancarkan pada Julai tahun lepas.
Sedar dengan kekangan dan keterbatasan melanjutkan produksi penggambaran dan pembangunan kandungan, Nurflix telah melancarkan inisiatif pembinaan rangkaian media islamik antarabangsa.
Menurut Syah Mohamed selaku Ketua Pegawai Eskekutif Nurflix, kesan pandemik telah membuatkan mereka memperkasakan jalinan penerbitan dan media dengan menjangkau rangkaian kerjasama bersama syarikat penerbitan dan media islamik dari luar negara.
“Kami mahu mencapai objektif dalam usaha memberi manfaat kepada penggiat seni dan komuniti.
Kita akan ada kandungan serta kolaborasi dari syarikat penerbitan luar seperti dari United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia. Melalui kolaborasi ini, dianggarkan akan ada lebih 1,000 konten untuk ditonton menjelang akhir tahun ini, InshaAllah" katanya lagi.
Bukan itu sahaja, Nurflix juga sedang dalam perbincangan dengan platform penstriman islamik seluruh dunia bagi membina gabungan kerjasama penyebaran kandungan media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.
“Dengan jalinan rangkaian ini kita berharap kandungan dan program dari luar boleh kita tonton di Nurflix dan kandungan dari Malaysia juga ditonton di luar sana. Sudah tiba masa untuk rangkaian ini diperkasakan.” terang Syah mengenai kewujudan rangkaian platform, pemasaran dan penerbitan ini.
Kemasukan kandungan-kandungan luar ke dalam Nurflix juga akan memberi peluang pekerjaan post-produksi, terjemahan kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat terus menikmati kandungan patuh Syariah dalam dan luar negara yang disajikan kepada pengguna.
Lebih istimewa, Nurflix juga mempunyai sasaran untuk menjadi platform pembelajaran, bukan semata-mata hiburan dengan menonton filem dan drama semata-mata.
Sehubungan dengan pemerkasaan kerjasama dan pelebaran kandungan luar, produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad ini akan melancarkan aplikasi natif ‘Nurflix Goldfish 2.0’ lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hybrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober 2020.
"Naik taraf ini akan dilancarkan sempena 1 Muharram atau 10 Ogos 2021 dan akan memberi kelebihan kepada pengguna kerana ia akan lebih stabil dan pantas,” terang Syah mengenai pengukuhan aplikasi natif yang akan dilaksanakan kelak.
Dengan penambahbaikan yang sedang giat diperkasa ini, Nurflix berharap agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat-penggiat media Islamik sekaligus menggerakkan ekonomi terutama di sektor penerbitan dan media sepanjang dunia dilanda pandemik. Harga pakej langganan baharu juga akan turut diumumkan pada Ogos akan datang.
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv, Apple Appstore & Google Playstore.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
Viral

Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

gempak
11/07/2024
02:58 MYT
Masih menunggu keputusan permohonan reman bagi bantu siasatan atas dakwaan menyeleweng kutipan derma, pempengaruh islamik memberitahu dia kini dalam keadaan sihat sahaja.
Viral

Ruhainies Repost Kata-Kata Hikmah Berunsur Islamik Di Instagram Story

gempak
05/04/2024
06:55 MYT
Pelakon Ruhainies berkongsi kata-kata hikmah yang diulang siar daripada akaun Instagram berunsur Islamik, @islamicvalues__ semalam.
Laman Utama

Ditanya Hukum Merokok Sambil Buang Air Besar, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

gempak
26/12/2023
07:55 MYT
Ini jawapannya...
Laman Utama

“Haram Basuh Tangan Pakai Air Sirap Kenduri” - Ustaz Azhar Idrus

gempak
24/12/2023
05:55 MYT
Haram pakai air sirap kenduri cuci tangan