gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dua Bulan Berada Di Tanah Suci, Zhiddin Aziz Tanam Impian Nikah Di Mekah - “Ketenangan Di Sana Membuatkan Saya…”
VIRAL
Pemuda Dituduh 'Jilat' Budak 9 Tahun
HIBURAN
Netizen Puji Alif Satar Didik Anak, Kagum 'Ali Berani Jadi ‘Pembantu’ Ketika Proses Penyembelihan - “Acik Pun Tak Tengok Sebab Takut Tau, Good Job”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
Asyraf Roslan
24/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”
Pelakon, Zul Ariffin menarik perhatian warganet apabila tersasul semasa membaca doa memohon jodoh daripada Allah Swt di Jabal Rahmah, Mekah.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Namun pemilik nama Zulkifli Ariffin, 37, itu berkata dia hanya mahu seorang seorang sahaja calon isteri dalam hidupnya.
“Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri),”
“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh),”doa Zul.
Dalam nada bergurau , pelakon kacak itu juga menyatakan dia tersasul mungkin disebabkan keadaan cuaca di sana.
“Kadang-kadang bila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca kot.
“Apa-apa pun jom kita doa banyak2 tak kira kita kat mana sekalipun,” ujar Zul menerusi kapsyen di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata mendoakan Zul agar mendapat jodoh yang baik.
“semoga bertemu jodoh dengan yang baik dikalangan yang baik pakcik zul✌️aminn.
“Semoga cepat bertemu jodoh yang solehah yang boleh sama-sama ke Jannah. aamiin Yarabbal Alamiin ?.
“Amin amin amin ya Rabbal Alamin semoga Allah makbulkan doa kita semua amin,” komen netizen.
Pada masa sama, ada juga netizen yang sempat mengusik pelakon kacak tersebut di ruangan komen.
“Amboi minta empat terus.
“Terpaksa Aamiin je lerr.
“Jamil … jamil … ku sangkakan tiga, rupanya empat.
“Satu pun belum ada tamak eh nak 4 terus,” usik netizen.
Topic Berkaitan
#Zul Ariffin
#Mekah
#Umrah
#Jodoh
#Doa
Must-Watch Video