,
gaya hidup

Terkejut Tengok LIST Barang Dia – Nak Sotong Saiz Besar, Telur Gred AA. Bukan Tak Ikhlas Tapi Agak-Agaklah, Ramai Lagi Yang Susah

Afiza Kamarulzaman
05/07/2021
10:57 MYT
Syukurlah, ramai masyarakat kita semakin peka dengan kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika pandemik ini, sehingga melancarkan kempen kibar bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan. Ramai NGO, badan korporat dan orang perseorangan menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk terutamanya berupa barang makanan asas.
Walaupun tidak mampu dibantu banyak, setidak-tidaknya dengan bantuan bakul makanan ini dapatlah mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung kebanyakan mereka yang terkesan dek penangan lockdown yang berlarutan bulan ke bulan ini. Objektif utamanya adalah memastikan tiada seorang pun rakyat kita kelaparan setiap hari.
Namun, agak menyedihkan apabila usaha ini disalahgunakan oleh segelintir orang. Ya, sedekah kita memang ikhlas. Sebaik-baik sedekah itu adalah sedekah dengan diberikan dengan barang yang paling baik. Walau bagaimanapun, bantuan itu perlulah mengikut kemampuan dan setakat mana yang mahu diberi oleh si pemberi. Sebagai penerima, adalah tidak wajar untuk meminta secara berlebihan.
Salah seorang pengguna Facebook yang turut mengusahakan bantuan bakul makanan berkongsi dengan orang ramai sikap sesetengah penerima bantuan yang ‘berselera kayangan’. Katanya lagi bukan niatnya mahu membuka air atau mengungkit tapi sebagai iktibar kepada semua bahawa berpadalah dalam meraih bantuan orang.
Katanya, ada yang WhatsApp ‘wish list’ mereka dengan pelbagai ragam dan permintaan berlebih-lebih. Ada yang siap sertakan jenama yang mereka mahu dan kebanyakan jenama itu pastinya berharga lebih mahal daripada jenama biasa-biasa.
Kredit Foto Hiasan: Google
Ada yang siap ‘mentioned’ mahukan sotong size besar, telur gred AA, ikan jenis begitu begini. Tidak kurang juga siap beritahu berapa banyak yang dia mahu supaya stok mampu tahan untuk berminggu-minggu.
Itu belum dikira yang mohon dibelikan barang selain keperluan makanan seperti peti ais, mesin basuh, televisyen dan sebagainya. Bukan tidak boleh meminta tapi perlu dilihat jenis sumbangan yang ingin diberikan seseorang itu, melainkan di pemberi sendiri memang berhajatkan untuk menyumbang barangan seperti itu.
Benar juga. Bukan apa, kita bimbang jika kamu terambil hak orang lain. Bantuan itu seharusnya diterima buat mereka yang benar-benar memerlukan bukan asal orang bagi, harus diambil. Dan pula, bukan hanya kamu seorang yang hendak ‘dilayan’. Ramai lagi orang di luar sana yang betul-betul dalam kesulitan sehingga mahu ‘bunuh diri’.
Sebagai penerima, kenalah belajar menerima apa saja adanya. Ini bukan soal ikhlas atau tidak. Ini soal mendidik masyarakat untuk bersikap jujur dan tidak pentingkan diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri, masanya juga untuk belajar mengatur gaya hidup mengikut kemampuan dan situasi semasa. Bukan pemberi yang perlu ikut gaya hidup penerima.
Firman Allah, “Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak.” (Surah al-Baqarah: 273).
Kredit Foto Hiasan: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

gempak
11/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Keith Foo mengakui dia sering mendengar ceramah agama untuk menambahkan ilmu baharu sejak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Riena Diana.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Unitar