,
gaya hidup

Suami Isteri Bergaduh, Jangan Campur. Adik-Beradik Bertelingkah Jangan Sibuk – Sampai Masa Berbaik, Takut Kita Disalahkan

Afiza Kamarulzaman
15/12/2021
02:10 MYT
Kita memang digalakkan untuk mendamaikan hubungan manusia yang bermusuhan atau bertelingkah. Banyak pahala diperoleh jika dapat menjernihkan kembali hubungan dua manusia yang terputus silaturahim. Menangis iblis apabila umat Allah kembali berdamai dan berbaik.
Namun, niat yang baik tidak selalunya disukai. Usaha murni tidak semestinya dihargai. Ada kala kita memang mahu menjadi pendamai antara dua hubungan manusia yang dalam pertelingkahan, namun ada kala objektif tidak dicapai, malah kita pula menjadi mangsa keadaan.
Tidak semua mampu menjadi orang tengah yang baik dan tidak semua orang yang sedang bermusuh mampu menerima kehadiran orang ke tiga sebagai pemulih hubungan. Ada pula, yang selepas berbaik menjadikan orang tengah ini sebagai ‘kambing hitam’ – dikatakan punca perbalahan. Inilah yang dikhuatirkan.
Yang selalu berlaku situasi ini adalah dalam hubungan suami isteri. Apabila suami dan isteri bergaduh, akan muncul orang tengah untuk mendamaikan mereka. Selalunya akan memberi nasihat mengikut pihak yang dia ingin sokong dan sebelahi.
Namun, selalu terjadi, apabila suami dan isteri ini berbaik, orang tengah ini akan dikatakan sebagai punca mereka bertelagah sebelum ini. Walau apa pun niat asalnya, tapi apabila suami dan isteri ini sudah berbaik pasti tidak mahu mengenang semua itu.
Begitu juga dengan hal adik-beradik. Selalu yang menjadi orang tengah ialah ipar-duai atau saudara luar. Ada yang mahu membaikkan hubungan silaturahim itu dengan pelbagai cara. Namun, ada kala setelah semuanya bersatu kembali, bukan ucapan terima kasih diterima tetapi dia pula dikatakan punca keretakan hubungan keluarga mereka.
Jadi, hati-hatilah. Bukan tidak boleh menjadi pendamai. Sangat digalakkan untuk kita menjalinkan kembali hubungan silaturahim yang terputus tetapi fikir sebaiknya setiap tindakan yang diambil.
Mohon petunjuk dan doa daripada Tuhan akan jalan terbaik untuk memulihkan keretakan hubungan itu. Doakan mereka dan pada masa yang sama cari jalan paling selamat untuk keluar daripada permasalahan yang timbul.
Jika telalu berat, jangan paksa diri untuk menjerumuskan diri. Sebaiknya, cari orang lain yang berkepakaran dan dihormati individu terlibat sebagai pendamai. Mungkin itu jalan lebih selamat. Setidak-tidaknya, kamu sudah memulakan langkah pertama yang baik. Selebihnya, serahkan kepada kuasa yang maha esa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan yang menyatukan hati mereka yang beriman. Jika sekiranya kamu membelanjakan semua harta kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah SWT yang menyatukan hati mereka." (Surah al-Anfal, ayat 63)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Touch 'n Go Tidak Boleh Guna, Lelaki Bergaduh Dengan Pekerja Tol

gempak
01/10/2024
04:55 MYT
Seorang lelaki bergaduh dengan pekerja tol di Plaza Tol Perling di sini Ahad lalu, kerana tidak berpuas hati kad Touch 'n Go miliknya gagal digunakan meskipun bakinya mencukupi.
Viral

Aney Tular ‘Fight One By One’ Kini Sudah Jadi Influencer? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dirinya!

gempak
27/06/2024
09:55 MYT
Seorang lelaki berbangsa India yang sebelum ini viral kerana video tularnya bergaduh dengan seorang pemilik kedai runcit awal Jun lalu, kini aktif mempromosikan restoran dan kedai makan di sekitar Bentong, Pahang.
Laman Utama

Isu Bini-Bini Bergaduh, Ini Komen Zainal Abidin Hassan

gempak
25/01/2023
21:27 MYT
Komen Zainal Abidin Hassan
Laman Utama

Kahwin Tanpa Pengetahun, Terasa Disindir Punca Isteri Pertama Bergaduh Dengan Madu Jurulatih Bola Sepak

gempak
24/01/2023
04:46 MYT
Punca Isteri Pertama Bergaduh Dengan Madu Jurulatih Bola Sepak
Laman Utama

Adik Penyanyi Didakwa Bergaduh Dengan Isteri Pertama Jurulatih Bola Sepak

gempak
23/01/2023
08:30 MYT
Alamak!
Unitar